00:00Inisiatif penyediaan pakaian syuragam sekolah secara ansuran oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional Nadi mampu membantu meringankan beban kewangan ibu bapa
00:09khususnya menjelang sesi persekolahan baru.
00:12Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq menegaskan program seumpamanya memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, terutamanya kepada ibu bapa yang perlu menyediakan
00:21kelengkapan persekolahan anak-anak.
00:22Ini antara perkara yang sentiasa nak masuk sekolah itulah menjadi sebahagian daripada permintaan ibu bapa terkait dengan pakaian syuragam ini.
00:35Tapi Nadi menggunakan konsep bayar syuragam surat yang sedikit sebanyak memberikan keringanan kepada ibu bapa dan saya sebagai parlimen merasakan
00:46ini antara program atau projek yang sangat baik untuk rakyat
00:49dan saya pun berhasrat untuk memberikan komitmen saya untuk projek itu khususnya untuk persiapan tahun hadapan insyaAllah untuk sekolah.
01:00Inisiatif itu bukan sahaja membantu keluarga mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah, malah membuka peluang pendapatan serta memperkasa usahawan tempatan
01:10yang dibimbing oleh Nadi.
01:11Pada masa sama beliau menyifatkan Nadi sebagai platform penting dalam menghubungkan rakyat dengan kerajaan termasuk menyampaikan aspirasi serta pelbagai inisiatif
01:21yang memberi manfaat kepada komuniti.
01:23Katanya selain inisiatif pakaian syuragam sekolah, Nadi turut melaksanakan program seperti Nadi Tuisyen yang memberi manfaat kepada pendidikan anak-anak
01:32serta Nadi Isukan yang membuka ruang kepada penglibatan golongan muda.
01:36Beliau berharap program berkenaan terus diperkasakan bagi memastikan perkhidmatan dan inisiatif kerajaan dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat di peringkat
01:45akar umbi.
Comments