00:00Usaha menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk Gaza kini berdepan risiko keselamatan apabila kemusnahan saluran pipe dan kemudahan air menyebabkan
00:10bantuan perlu dihantar menggunakan lori tangki.
00:13Menurut tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Unishef, keadaan itu bukan sahaja meningkatkan kos operasi, malah turut mengancam keselamatan
00:21petugas kemanusiaan di wilayah berkenaan.
00:25Pada April lalu, dua pemandu lori yang terlibat dalam misi perhantaran air maut ketika cuba menghantar bekalan di utara Gaza.
00:33Agensi itu maklumkan penggunaan lori tangki menjadi pilihan terakhir selepas saluran pipe yang sebelum ini membekalkan air kepada penduduk musnah
00:41akibat serangan di wilayah berkenaan.
00:43Ketua Unishef bagi wilayah Palestine, Jonathan Veitch, menyifatkan keadaan di Gaza semakin meruncing dengan keperluan asas penduduk semakin sukar dipenuhi.
00:51Beliau berkata petugas kini terpaksa menghantar air setiap hari menggunakan lori tangki, satu kaedah yang mahal dan berisiko tinggi.
00:59Katanya, krisis itu boleh dikurangkan jika peralatan yang diperlukan dibenarkan masuk bagi membaiki saluran pipe, mengurangkan kebocoran dan memulihkan semula
01:08stesen pump yang rosak.
01:10Agensi kemanusiaan turut menegaskan akses kepada air bersih kekal menjadi keperluan medesak bagi kelangsungan hidup ratusan ribu penduduk di Gaza.
01:21Terima kasih kerana menonton!
Comments