00:00Perdana Menteri Jepun Sanai Takaichi mengesahkan seramai 13 orang maut selepas gempa bumi bermagnitude 7.1 melanda wilayah Kumamoto di
00:10barat daya Jepun pada selasa.
00:12Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan manakala perkhidmatan kereta api laju Shinkansen di laluan Kyushu kekal digantung.
00:24Polis Metropolitan Tokyo mengerah sebuah helikopter dan lapan anggota pasukan penyelamat khas bagi membantu usaha mencari mangsa yang masih hilang.
00:31Gempa bumi itu turut mencetuskan letupan di sebuah pusat beli belah di Kashima yang dikendalikan oleh Aeon Group.
00:38Dua wanita disahkan maut, seorang lagi ditemui tidak sedarkan diri manakala lima individu cedera.
00:43Kira-kira 200 orang berjaya dipindahkan sebelum tingkat dua pusat beli belah itu runtuh.
00:47Selain itu, beberapa penerbangan Japan Airlines dan All Nippons Airways dibatalkan manakala operasi beberapa peniagaan turut dihentikan.
00:55Ribuan kediaman di kawasan terjejas juga dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik.
01:00Gempa yang berlaku pada jam 4.27 petang waktu tempatan itu mencatatkan intensiti maksimum tahap 7 pada skala seismik Jepun
01:08di beberapa kawasan di Kumamoto.