00:00Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah IFRC membeli amaran gelombang haba baharu yang diramalkan melanda Eropa berpotensi
00:09memburukkan lagi kebakaran hutan yang sedang berlaku di Spanyol dan Perancis.
00:14Menurut IFRC, senario kemanusiaan di kedua-dua negara itu kekal tidak menentu apabila kebakaran terus merebak, memaksa ribuan penduduk dipindahkan
00:23dari kediaman masing-masing manakala pusat perlindungan sementara dan perkhidmatan kecemasan semakin terbeban.
00:32IFRC menjelaskan kebakaran hutan yang berlaku ketika ini bukanlah insiden terpencil sebaliknya berpunca daripada cuaca panas melampau dan kemarau yang
00:39berlarutan beberapa bulan.
00:41Menurut badan itu, gelombang haba yang berulang sejak penghujung musim bunga telah mengeringkan tumbuh-tumbuhan dan tanah sekaligus mewujudkan keadaan
00:48yang membolehkan api merebak dengan pantas.
00:50Timbala pengarah wilayah Eropah IFRC, Maria Alcazar Castilla berkata, fenomena gelombang haba, kemarau dan kebakaran hutan kini saling berkait dan
00:59semakin kerap berlaku di seluruh Eropah dengan komuniti setempat menanggung kesan paling besar.
01:05Beliau berkata, palang merah kini memberi tumpuan kepada bantuan kecemasan namun menegaskan pelaburan berterusan dalam aspek kesiap sejagaan dan penyesuaian
01:12terhadap perubahan iklim amat penting bagi meningkatkan daya tahan komuniti menghadapi bencana pada masa hadapan.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments