Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis membuka tiga kertas siasatan termasuk kes disyaki membabitkan sogokan kepada pengundi menjelang PRN Negeri Sembilan. Sebanyak 62 laporan dan 19 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya direkodkan setakat ini.
Transcript
00:00Polis membuka tiga kertas siasatan termasuk satu berhubung kes disyaki membabitkan sogokan kepada pengundi, dipercayai mempunyai kaitan dengan pilihan raya
00:10negeri PRN Negeri 9 ke-16.
00:12Ketua Polis Negeri 9, Dato' Al-Zafni Ahmad berkata, sepanjang tempoh 18 Julai hingga 28 Julai, pihaknya menerima 62 laporan
00:21dan membuka 19 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya.
00:29Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan satu kertas siasatan mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibuka kerana kesalahan penyugokan
00:38yang mana laporan dibuat seorang lelaki berusia 29 tahun pada Selasa.
00:43Mengikut laporannya, dia mendakwa menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang memaklumkan seorang calon parti menerima maklumat mengenai seorang individu tidak
00:52dikenali yang didakwa akan memberi wang sebagai sogokan kepada pengundi putih.
00:57Al-Zafni berkata pihaknya turut membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan hianat sehingga menyebabkan kehilangan
01:06atau keregian harta benda.
01:08Satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505 Kurungan B Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Kurungan A Kurungan 1 Akta Kesalahan
01:17Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
01:24Ia kerana menyebarkan kandungan berunsur khas sutan dan maklumat berkaitan pilihan raya melalui media sosial yang boleh mengganggu ketenteraman awam
01:33serta melanggar perutukan undang-undang yang berkuat kuasa.
01:35Mengulas lanjut Al-Zafni berkata pihaknya menerima 76 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti politik dan semua permohonan itu
01:45diluluskan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan.
01:48Secara kumulatif bagi tempoh 18 Julai lalu hingga Selasa, sebanyak 638 permohonan permit diterima dan 612 daripadanya diluluskan.
01:59Setiap program dan aktiviti politik yang diluluskan akan dipantau bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan
02:08ketenteraman awam.
Comments

Recommended