00:00Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian pecah rumah di Jalan Building Society, Taman Star
00:08di Ipoh, Perak pada Selasa.
00:10Ketua Polis Perak, Dato' Muhammad Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar 5 pagi apabila 2
00:19suspek memasuki rumah tersebut melalui tingkap yang diumpil sebelum berlaku pergelutan dengan penjaga rumah.
00:28Katanya dalam satu kenyataan, seorang suspek berjaya melarikan diri, manakala seorang lagi ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan
00:37meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:40Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian ialah masalah saluran jantung tersumbat.
00:45Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut SDR dan siasatan di bawah Seksyen 457 Kanon Keseksaan dan Seksyen 324 Kanon Keseksaan
00:55masih diteruskan termasuk usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebaks.
01:01Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ibu pejabat polis daerah Ipoh atau
01:09mana-mana balai polis berhampiran.
01:10Terima kasih kerana menonton!