00:00Peruntukan sehingga RM100,000 menerusi program reformasi sekolah perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh kapasiti guru dan menjaga kesejahteraan murid, bukan hanya
00:11tertumpu kepada penambahbaikan kemudahan fizikal.
00:14Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara, UITM, Dr. Khadijah Said Hashim berkata,
00:22reformasi sebenar memerlukan perubahan menyeluruh terhadap budaya, ekosistem dan cara berfikir warga sekolah.
00:31Menurutnya, sebahagian peruntukan juga wajah digunakan untuk pembangunan kapasiti dan profesionalisme guru, termasuk pendedahan kepada kaedah pedagogi baru yang bersesuaian
00:42dengan keperluan generasi semasa.
00:44Bukan sahaja pre-service teacher atau guru-guru yang berada di universiti bakal-bakal guru, tetapi bagaimana dengan in-service
00:50teacher yang telah mengajar 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, kita juga perlu melihat kepada pembangunan mereka, kesejahteraan mereka.
00:58So, amount yang kita dapat atau budget yang kita dapat haruslah juga difikirkan untuk bagaimana menambah baik kualiti guru, profesionalisme
01:08guru, kemudian inovasi pedagogi, hantar kepada bengkel-bengkel workshop-workshop lagi.
01:14Kita tidak mahu guru kita selesa mengajar dengan tradisi atau approach atau pedagogi yang lama.
01:20Tambahnya antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah penyediaan ahli psikologi sekolah bagi menyokong perkhidmatan kaunseling sedia ada, khususnya dalam menangani
01:29cabaran kesihatan mental dan kesejahteraan murid.
01:32Kenapa tidak dengan peruntukan yang ada, kita buat juga psikologi sekolah. Memang kita ada kaunselor tetapi kita dah bincangkan berapa
01:41kali, kaunselor ini, kaunselor ini tidak cukup, tidak akan pernah cukup.
01:46Tiga atau empat kaunselor satu sekolah mana cukup. So mungkin dengan peruntukan kita memikirkan to have school psychologist. So again,
01:55antara tiga yang kita boleh cadangkan menggunakan seratus ribu yang akan bakal didapat atau bakal diberikan kepada atau disalurkan kepada
02:06sekolah-sekolah yang dipilih ini adalah kita lihat kepada pembangunan kapasiti guru.
02:10Guru ini perlu disokong, sokong berterusan. Pedagoginya perlu diperbaiki.
02:17Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Rabu. Beliau turut menegaskan bahawa wang semata-mata tidak mampu mengubah sikap
02:26dan menteliti sekiranya reformasi tidak disokong oleh kerjasama konsisten antara Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pentadbir Sekolah
02:37dan Guru.
02:37Program reformasi sekolah yang bakal bermula tidak lama lagi melibatkan pemilihan lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah di setiap
02:46daerah dengan setiap sekolah berpeluang menerima peruntukan sehingga RM100,000.
02:51Terima kasih telah menonton!
Comments