00:00Arab Saudi memaklumkan berjaya memintas dan memusnahkan beberapa drone yang menyasarkan kemudahan minyak di wilayah timur negara itu.
00:08Menurut Jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Brigadier General Turki Al-Maliki, serangan berkenaan berjaya dipatahkan dalam tempoh beberapa jam selepas
00:17ia dilancarkan.
00:21Tambahnya drone itu dipercayai dilancarkan dari wilayah Irak oleh kumpulan bersenjata yang disokong Iran.
00:27Al-Maliki menegaskan Arab Saudi mempunyai hak yang sah untuk mempertahankan keselamatan negara serta infrastruktur pentingnya daripada sebarang ancaman.
00:38Dalam pada itu, Kementerian Luar Arab Saudi mengutuk serangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang mengancam keselamatan serta kestabilan rantau
00:46itu.
00:47Kementerian itu berkata Arab Saudi berhak mengambil semua langkah yang dibenarkan di bawah Undang-Undang Antarabangsa untuk bertindak balas terhadap
00:55pihak yang bertanggungjawab.
00:56Riak turut menggesa kerajaan Irak mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan wilayah negara itu tidak digunakan untuk melancarkan serangan terhadap Arab
01:06Saudi.
01:07Setakat ini, pihak berkuasa Irak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dawaan tersebut.
01:13Terima kasih.
Comments