00:00Iran memberi amaran bahawa kapal milik mana-mana negara atau syarikat yang menerima pampasan daripada aset Iran yang dibekukan tidak
00:08akan dibenarkan melalui selat hormus.
00:10Kenyataan itu dikeluarkan oleh Jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam Al-Anbiya, Markas Pemerintah Utama Angkatan Tentera Iran.
00:20Jurucakap berkenaan menolak kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang sebelum ini dilaporkan berkata kapal-kapal yang mengalami kerusakan akibat
00:28tindakan Iran diteluk akan diberikan pampasan menggunakan dana Iran yang dibekukan.
00:33Menurut beliau, Tehran tidak menerima langkah tersebut dan berpendirian bahawa kerusakan yang berlaku terhadap kapal-kapal terbabit berpunca daripada ancaman
00:42keselamatan yang diwujudkan oleh tentera Amerika di rantau berkenaan.
00:46Beliau turut mendakwa penggunaan laluan perkapalan tertentu di selatan selat hormus adalah tidak sah dan berbahaya.
00:53Iran sebelum ini memperketat kawalan ke atas selat hormus bermula 28 Februari lalu apabila melarang penggunaan laluan selamat tertentu oleh
01:01kapal yang dimiliki atau mempunyai kaitan dengan Israel dan Amerika Syarikat.
01:06Langkah itu diambil sesulang peningkatan ketegangan antara Tehran dengan Washington serta serangan yang didakwa dilakukan secara bersama oleh Amerika dan
01:14Israel ke atas wilayah Iran.
Comments