Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sebuah masjid di Gaza City menjadi sasaran serangan udara Israel yang mencetuskan letupan besar dan kepulan asap tebal. Serangan berlaku ketika operasi ketenteraan Israel di Gaza masih diteruskan meskipun gencatan senjata dan usaha damai sedang berjalan.
Transcript
00:00Sebuah masjid di Gaza City menjadi sasaran serangan udara Israel pada Selasa mencetuskan letupan besar yang meranapkan sebahagian struktur bangunan.
00:09Setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai jumlah korban atau kecederaan akibat serangan terbaru ke atas masjid tersebut.
00:19Insiden terbaru itu berlaku ketika serangan Israel di Gaza masih diteruskan meskipun pelan damai yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat Donald
00:27Trump berjaya mengurangkan pertempuran besar sejak genjatan senjata dicapai pada Oktober lalu.
00:33Ketika ini pelaksanaan pelan tersebut masih berdepan pelbagai halangan.
00:37Hamas setakat ini masih enggan melucutkan senjata manakala Israel meneruskan operasi ketenteraan hampir setiap hari di beberapa kawasan di Gaza.
00:47Menjelang akhir April lalu Israel dilaporkan menguasai kira-kira 64% wilayah Gaza.
00:53Sebahagian besar daripada hampir 2 juta penduduk Gaza kini tinggal di kawasan pesisir pantai yang sempit di bawah kawalan Hamas,
01:01kebanyakannya di bangunan yang rosak atau penempatan sementara.
01:04Pada Mei lalu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terus menyatakan hasrat untuk memperluaskan kawasan kawalan Israel sehingga merangkumi 70%
01:13wilayah Gaza.
Comments

Recommended