00:00Iran mencadangkan satu penyelesaian sementara kepada Oman bagi membuka semula selat hormus dengan meletakkan sebahagian laluan perkapalan di bawah pemantauan
00:10Tehran.
00:11Timbalan Menteri Luar Iran, Kazim Garibabadi berkata, satu arah trafik maritim akan melalui perairan Iran, manakala sebahagian laluan bertentangan turut
00:21menggunakan kawasan sama.
00:25Menurut beliau, Tehran menolak cadangan Oman untuk pembahagian sama rata laluan transit antara kedua-dua negara.
00:31Katanya cadangan tersebut gagal menangani kebimbangan keselamatan Iran selagi kestabilan jangka panjang di rantau itu belum dicapai.
00:39Kazim turut menegaskan bahawa Iran tidak pernah mengiktiraf laluan selatan yang terletak berhampiran pesisir pantai Oman.
00:45Menurut beliau, Tehran juga telah memaklumkan kepada masyarakat bahawa ia tidak lagi mengiktiraf Trafik Separation Scheme TSS iaitu sistem laluan
00:54perkapalan antarabangsa yang digunakan sejak beberapa dekad lalu.
00:57Iran mendakwa laluan tersebut kebanyakannya berada di perairan Oman dan tidak memenuhi keperluan keselamatan negara itu.
01:04Susulan serangan yang didakwa dilakukan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran pada Februari lalu.
01:10TSS yang digunakan pertubuhan maritim antarabangsa IMO kini tidak digunakan berikutan risiko periapi di kawasan berkenaan.
01:19Sebagai alternatif, pergerakan kapal ketika ini menggunakan laluan utara Iran dan laluan selatan Oman.
01:26Dalam masa sama, Kazim memberi amaran bahawa Iran tidak akan membenarkan mana-mana negara ketiga menjalankan operasi pembersihan periapi di
01:34selat Hormuz walaupun mendapat jemputan daripada Oman.