00:00Selain itu, Perdana Menteri dalam ucapannya pada Majlis Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 berkata,
00:07usaha memperkasa semula peranan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM perlu diberi perhatian,
00:14termasuk melalui pendekatan dakwah yang lebih tersusun, sederhana dan berteraskan hikmah.
00:19Menurutnya, beberapa ikhtiar wakaf telah dimulakan dan kini dimantapkan menerusi cadangan yang lebih khusus dalam bidang wakaf dakwah.
00:29Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ihwal Agama Dr. Zulkifli Hassan akan memulakan perbincangan dengan PERKIM
00:37dengan penglibatan kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Majlis Dakwah Islam Asia Tenggara dan Pasifik.
00:44Dan selepas dirojok kepada Jemaah Menteri, ikut proses itu kita akan maklumkan untuk pertimbangan Malis Raja-Raja Melayu.
00:55Malis Raja sudah buat ketetapan, hal-hal yang berkait dengan wakaf, diminta mereka dimaklumkan terlebih dahulu dan insyaAllah akan saya
01:06lakukan.
01:07Anwar turut menyifatkan penyertaan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Aupeng sebagai penting dalam usaha mengangkat semula peranan Majlis
01:17Dakwah Islam Asia Tenggara dan Pasifik.
01:19Yang penting itu ialah kerana pengalaman beliau untuk membawa suatu risalah yang lebih sederhana dan bijak.
01:28Dan membawa mesej Islam yang pernah diusahakan oleh Tenggara Rahman dengan apa-apa juga keterbatasan beliau.
01:34Tetapi tidak boleh disangkal bahawa Tenggara Rahman itu cuba memberi pendekatan dan meletakkan Islam itu sebagai suatu agama dan pilihan
01:46yang agak menarik.
01:48Ramai rakan-rakan kita bukan Islam.
01:50Tenggara Rahman tidak melihatnya sebagai suatu yang mencabar.
01:55Dia mencabar ke idea, mencabar ideologi, mengelak atau cuba menjawab dalam isu pembenturan ataupun telagahan ideologi dan idea itu kediizinkan.
02:11Tetapi tidak mendukung satu kegiatan yang boleh menimbulkan keresahan.
02:18Tetapi mengajak secara yang paling sederhana.
02:22Tambah Perdana Menteri, cabaran geopolitik semasa memerlukan kefahaman lebih luas terhadap sejarah dan kesan penjajahan.
02:30Yang bukan hanya melibatkan penguasaan wilayah, tetapi turut memberi kesan terhadap pemikiran, pendidikan, ekonomi serta jiwa masyarakat.