Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan Negeri Selangor menetapkan kadar insentif kemenangan yang setara buat atlet Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2026 bagi membakar semangat kontinjen negeri memburu kejuaraan keseluruhan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pengiktirafan dan ganjaran berperingkat mengikut kategori acara itu diberikan tanpa diskriminasi bagi menghargai usaha kedua-dua kumpulan atlet terbabit.
Transcript
00:00Kerajaan Selangor menetapkan kadar insentif kemenangan yang setara buat atlet sukan Malaysia Sukma dan para Sukma 2026 bagi membakar semangat
00:10kontingen negeri, memburu kejuaraan keseruhan.
00:14Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, pengiktirafan dan ganjaran berperingkat mengikut kategori acara itu diberi tanpa diskriminasi bagi menghargai
00:24usaha kedua-dua kumpulan atlet terbabit.
00:28Bagi pemenang pinggan emas acara individu hingga kumpulan bertiga, insentif sebanyak RM10,000 menanti mereka.
00:36Sementara buat kumpulan berempat hingga 10 atlet pula, setiap atlet secara individu akan menerima RM7,000.
00:43Bagi sukan berkumpulan dengan 10 atlet ke atas pula akan menerima RM5,000.
00:48Jumlah itu akan bertambah sekiranya Selangor muncul sebagai juara keseluruhan dalam termasya edisi ke-22 itu dan ia turut terpakai
00:58buat kontingen para Sukma Selangor.
01:00Beliau berkata, semua persediaan kewangan dilaksanakan secara berhemah.
01:05Berpandukan nasihat Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Shah dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
01:14Terima kasih telah menonton!

Recommended