Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Alphabet mencatat pertumbuhan hasil Google Cloud melebihi jangkaan pasaran bagi suku kedua tahun ini, didorong permintaan kukuh terhadap perkhidmatan pengkomputeran awan susulan ledakan kecerdasan buatan global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Alphavet mencatatkan pertumbuhan hasil Google Cloud yang melebihi jangkaan pasaran pada suku kedua tahun ini.
00:07Prestasi itu didorong oleh peningkatan permintaan terhadap permataan perkomputeran awan seiring pertumbuhan pesat industri kecerdasan buatan AI.
00:18Hasil Google Cloud meningkat 82% kepada 24.8 bilion dolar Amerika bagi suku yang berakhir pada Jun.
00:26Angka itu melebihi jangkaan penganalisis yang menjangkakan pertumbuhan sekitar 64%.
00:32Sebagai penyedia perkhidmatan Cloud ketiga terbesar dunia selepas Amazon Web Services dan Microsoft,
00:39Google mendapat manfaat daripada permintaan tinggi untuk membangunkan dan mengendalikan model AI.
00:45Pertumbuhan itu turut disokong oleh beberapa perjanjian berskala besar termasuk kerjasama dengan syarikat AI, Antrofic.
00:51Prestasi kukuh segmen Cloud dijangka membantu meredakan kebimbangan pelabur terhadap perbelanjaan besar Google dalam pembangunan infrastruktur AI.
01:01Syarikat itu terus meningkatkan pelaburan dalam pusat data dan chip berprestasi tinggi bagi memperkukuh keupayaan AI mereka.
01:09Dalam masa yang sama, perniagaan cari yang Google turut menunjukkan prestasi positif melalui ciri-ciri baharu seperti AI Overviews dan
01:17AI Mood yang meningkatkan penimbangan pengguna serta hasil pengiklanan.
01:21Namun Google masih berdepan cabaran apabila pelancaran model Gemini 3.5 Pro ditangguhkan.
01:28Sedangkan pesaing seperti OpenAI dan Antrofic terus memperkenalkan penambahbaikan baharu untuk pelanggan perusahaan.
01:34Meskipun berdepan persaingan sengit dan tekanan kawal selia, saham Alphabet masih mencatat kenaikan hampir 11% setakat tahun ini.
Comments

Recommended