Skip to playerSkip to main content
Pasukan khas ditubuhkan Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi membela kebajikan kru kapal MV Berkat Tuah yang berjaya dibawa pulang selepas terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak Oktober tahun lalu.

Ketua Pengarah JLM, Datuk Dickson Dollah berkata, kes MV Berkat Tuah merupakan antara kes pengabaian anak kapal yang kompleks kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan, bidang kuasa antarabangsa serta kepentingan pelbagai pihak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788590/berita/nasional/mv-berkat-tuah-jlm-tubuh-pasukan-khas-tuntut-gaji-tunggakan-anak-kapal

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MVBerkatTuah
Transcript
00:00Pasukan khas ditubuhkan Jabatan Laut Malaysia, JLM, bagi membela kebajikan kru kapal MV Berkat Tuah yang berjaya dibawa pulang selepas
00:08terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Syarjah, Emirat Arab Bersatu, UAE sejak Oktober tahun lalu.
00:15Ketua Pengarah JLM, Datuk Dixon Dolah berkata, kes MV Berkat Tuah merupakan antara kes pengabayan anak kapal yang kompleks kerana
00:23melibatkan pelbagai aspek perundangan, bidang kuasa antarabangsa serta kepentingan pelbagai pihak.
00:28Menurutnya, pada kemuncak krisis, seramai 13 orang anak kapal, termasuk 11 rakyat Malaysia, telah terjejas akibat kegagalan pemilik kapal memenuhi
00:37tanggungjawab terhadap kebajikan mereka.
00:39Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA Terminal 1 pada Isnin.
00:46Majlis itu menyaksikan 5 kru kapal MV Berkat Tuah, termasuk seorang Indonesia, selamat tiba di KLIA Terminal 1 kira-kira
00:54jam 9 pagi Isnin.
00:56Kesemua mereka merupakan kumpulan akhir daripada 13 kru yang berjaya dibawa pulang.
01:01Mengulas lanjut, Dixon berkata, apa yang dapat pihaknya lakukan buat sementara waktu ini ialah menyelesaikan bayaran sebahagian gaji kru terbabit
01:09yang tertunggak 6 bulan sejak Februari lalu.
01:15Terima kasih kerana menonton!
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended