Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menutup dan menyita salah sebuah premis NS0 Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) di Forest City selepas menyerahkan Notis Perintah Penutupan Premis pada Rabu.
Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan selepas anggota penguat kuasa MBIP tiba di lokasi kira-kira jam 11.30 pagi bagi menyerahkan notis sebelum operasi penutupan dan penyitaan premis berkenaan dijalankan.