00:00Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Air Keroh Melaka pada Isnin
00:07atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi seorang pekerja asing
00:13yang tidak memiliki dokumen sah antara Januari hingga Julai tahun lalu.
00:18Tertuduh Muhammad Nazrul Mat Yassin, 39 tahun, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan
00:25di hadapan Hakim Muhammad Kamil Nizam.
00:27Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Nazrul yang merupakan pegawai imigresen negeri Melaka
00:32didakwa menerima wang suapan daripada Muhammad Omar, 69 tahun, bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil
00:39terhadap anaknya Nurul Alia Muhammad, 23 tahun, kerana melindungi seorang pekerja warga Indonesia
00:45yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
00:48Bagi lima pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM300 setiap bulan
00:54di sebuah restoran di Merlimau, Jasin bagi tempoh 1 hingga 31 Januari,
00:591 hingga 15 Februari, 16 hingga 28 Februari, 1 hingga 31 Mac dan 1 hingga 31 Mei 2025.
01:09Bagi pertuduhan ke-6 dan ke-7 pula, tertuduh didakwa menerima RM300 pada 3 Jun 2025
01:16dan RM150 pada 10 Julai 2025 yang dipindahkan secara dalam talian ke akaun mak tertuduh.
01:26Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 Kurungan A Kurungan B Akta Suruhanjaya
01:33Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun
01:40dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
01:49Timbalan pendakwa raya SPRM Sharina Farhana Nur Sa'ari memaklumkan kesalahan di bawah Seksyen Berkenaan
01:56merupakan kesalahan serius dan tidak boleh dijamin namun tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
02:02Jika mahkamah mahu membenarkan ikat jamin, beliau mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin
02:09selain syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.
02:17Muhammad Nazrul yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan dikurangkan.
02:23Dalam nada sebab, beliau memaklumkan telah ditahan kerja, merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga
02:30serta menanggung ibunya dan empat anak yang masih bersekolah.
02:34Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin
02:39selain mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.
02:47Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
02:55Terima kasih kerana menonton!
Comments