Skip to playerSkip to main content
Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah

Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah blok E1 dan E2, flat telur indah perai,
00:08apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
00:15Namun, usaha berkenaan belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut,
00:22apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
00:28Ketika tinjauan sinar harian di lokasi, dua kejadian penghuni bertindak membuang sampah dari tingkat atas blok secara sesuka hati disaksikan
00:37sekeligus menggambarkan budaya tidak bertanggungjawab itu masih berlaku walaupun pelbagai kemudahan dan pemantauan disediakan pihak pengurusan.
00:47Lebih membimbangkan, perbuatan tersebut bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah mengundang risiko keselamatan kepada penghuni yang melalui kawasan di bawah blok.
00:57Penduduk Pesah Wahab, 58 tahun berkata, keadaan flat telur indah kini jauh lebih baik berbanding beberapa tahun lalu selepas pengurusan
01:06baharu mengambil alih pentadbiran.
01:08Menurutnya, pihak pengurusan kini memasang CCTV bagi memantau kawasan lift serta koridor untuk mengesan individu yang membuang sampah sesuka hati.
01:17Sementara itu, seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Linggej, 40 tahun berkata, walaupun kebersihan semakin baik, isu keselamatan pula
01:26semakin meresahkan penghuni.
01:28Katanya, dia yang menetap di flat berkenaan sejak 32 tahun lalu mendakwa ramai warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan etnik
01:37Rohingya menyewa rumah di kawasan tersebut.
01:40Menurutnya, kebanyakan rumah disewakan oleh pemilik tempatan kerana golongan berkenaan sanggup membayar kadar sewa yang tinggi sehingga mencecah RM1,200
01:49sebulan bagi sebuah unit tiga bilik.
01:52Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended