Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Ia susulan kelemahan nilai yen yang meningkatkan nilai import serta perang di Iran yang menyebabkan harga minyak lebih tinggi.
Transcript
00:00Defisit perdagangan Jepun meningkat di luar jangkaan pada Jun berikutan kelemahan nilai yen yang sekaligus meningkatkan nilai import negara itu.
00:10Ia juga susulan situasi perang di Iran yang menyebabkan harga minyak lebih tinggi.
00:15Kementerian Kewangan Jepun pada Rabu melaporkan, defisit perdagangan meningkat kepada 406.9 bilion yen atau 10.21 bilion ringgit.
00:26Berdasarkan asas tidak diselaraskan, berbanding defisit disemak semula sebanyak 391.8 bilion yen pada Mei.
00:36Nilai import meningkat 25.4% pada Jun berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala nilai ekspor naik 19.3%.
00:45Data itu menunjukkan perang di Iran terus mengganggu bekalan tenaga Jepun.
00:51Jepun lazimnya bergantung kepada Asia Barat bagi sebahagian besar import tenaganya.
00:57Namun, negara itu telah mempelbagaikan sumber bagi memastikan bekalan minyak yang stabil sehingga Mac 2028.
01:05Laporan itu turut menunjukkan nilai import minyak dari Amerika melonjak kira-kira 900%.
01:12Manakala jumlah import meningkat 460%.
01:17Pada masa selama, Jepun mengurangkan import minyak dari Asia Barat.
01:22Ahli korami berpandangan, perkembangan itu menunjukkan kemajuan Jepun dalam mendapatkan bekalan minyak daripada sumber lain.
01:30Mereka menyatakan pertumbuhan ekspor akan berterusan namun ia mungkin mencerminkan tindakan pengang ekspor memindahkan kenaikan kos import kepada pembeli.
01:41Kenaikan harga import dijangka akan terus mengatasi kenaikan harga ekspor dalam tempoh terdekat sekaligus menyebabkan defisit perdagangan terus melebar.
Comments

Recommended