00:00Pemegang kad suruhan jaya tinggi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bagi pelarian UNHCR yang sah masih dianggap sebagai pendatang tanpa izin.
00:10Mereka bagaimanapun dikecualikan daripada pendakwaan di bawah Akta Immigration 1959-63 bagi kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan memasuki negara
00:21tanpa dokumen sah.
00:24Jabatan Immigration Malaysia JIM dalam kenyataan memaklumkan selain pengecualian itu, pemegang kad UNHCR tetap tertakluk kepada Undang-Undang Negara.
00:34JIM turut menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri terhadap warga asing kerana ia boleh menimbulkan implikasi dari
00:42sudut keselamatan, ketenteraman awam dan perundangan.
00:46Katanya JIM memahami bahawa isu ini menimbulkan pelbagai reaksi dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
00:51Namun agensi itu meregaskan bahawa sebarang tindakan berkaitan warga asing hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab dan dilaksanakan mengikut
01:00lunas Undang-Undang.
01:02Jabatan itu turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana warga asing yang disyaki melanggar Undang-Undang Immigration
01:08supaya menyalurkannya kepada JIM atau agensi penguatkuasa berkaitan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil mengikut perutukan Undang-Undang.
01:17Media sebelum ini melaporkan sekumpulan 113 pelarian rohinya tiba di Ibu Negara pada awal pagi Isnin lepas dengan menaiki tiga
01:25bas selepas diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang.
01:28Mereka mendirikan kemah di harapan pejabat UNHCR sebagai penempatan sementara sebelum ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur bagi
01:37tujuan dokumentasi dan kemudian dipindahkan secara berperingkat ke tiga negeri dengan penyelarasan badan bukan kerajaan serta UNHCR.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments