Skip to playerSkip to main content
Terima kasih Sinar Harian, rakyat Malaysia

"Terima kasih Sinar Harian dan seluruh rakyat Malaysia kerana membantu menyelamatkan nyawa anak saya."

Demikian luahan penuh syukur seorang ibu, Safinatul Hayah Abdullah Sani, 50, apabila mengenang jasa semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi membolehkan anak sulungnya, Muhammad A'Ariz Daniel Mohd Zamani, 13, menjalani pembedahan pemindahan hati di India kira-kira 11 tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790147/berita/laporan-khas/terima-kasih-sinar-harian-rakyat-malaysia

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #20TahunSinarHarian #PemindahanHati #Nyawa #Anak

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kepada rakyat Malaysia, kepada Sina Harian yang banyak membantu bagi kehidupan rakyat dekat Aris.
00:08Demikian luahan penuh syukur seorang ibu, Safinatul Hayat Abdullah Sani, 50 tahun,
00:14apabila mengenang jasa semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi membolehkan anak sulungnya,
00:19Muhammad Aris Daniel Muhammad Zamani, 13 tahun, menjalani pembedahan pemindahan hati di India kira-kira 11 tahun lalu.
00:27Penjawat awam yang juga penderma hati untuk anaknya itu berkata,
00:31kesukaran mengumpul dana sebanyak RM200,000 menyebabkan dia nekat mendapatkan bantuan akhbar Sinar Harian bagi menyiarkan kisah tersebut.
00:40Kami ke pejabat Sinar Harian dan meminta pertolongan daripada Sinar Harian.
00:45Dalam masa sebulan, Alhamdulillah, putihkan sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang kami target itu,
00:51Alhamdulillah dalam masa sebulan dah cukup, RM200,000.
00:53Jadi kami telah ke India untuk bawa dia buat transplan di India.
00:58Dalam masa dua bulan juga kami duduk di India, saya sebagai penderma hati kepada Aris.
01:03Dalam masa tempoh dua bulan itu kami waduh di India dan kami balik di sini sekarang ini dah 11 tahun
01:08dah kami berdua berkursi hati.
01:10Pada Februari 2015, kisah Muhammad Aris Daniel yang ketika itu berusia setahun sembilan bulan mendapat perhatian ramai
01:18apabila hanya mempunyai tempoh dua hingga tiga tahun untuk hidup sekiranya tidak segera menjalani pemindahan hati.
01:26Keadaan perut kanak-kanak tersebut semakin membusung manakala seluruh tubuhnya kekuningan
01:30akibat penyakit biliri atresia atau kegagalan fungsi hati yang dikesan sejak berusia dua bulan.
01:37Katanya, jasa rakyat Malaysia akan sentiasa terpahat dalam ingatan kerana memberi peluang kedua kepada Muhammad Aris Daniel
01:45untuk meneruskan kehidupan yang kini berada di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman.
01:51Berhubung tahap kesihatan diri sebagai penderma kira-kira 30% hati kepada anaknya itu,
01:58Safinatul Hayat berkata dia menjalani kehidupan normal seperti biasa sehingga ke hari ini.
02:04Menurutnya, rutin harian sebagai seorang ibu dan juga seorang pembantu tatbir juga tidak terjejas.
Comments

Recommended