Skip to playerSkip to main content
Ikuti perkembangan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 setakat jam 8.00 pagi bersama Wartawan Astro AWANI, Syaff Syukri, di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, Seremban.

#PRNNegeriSembilan #NegeriSembilanMemilih
Transcript
00:00Kita nak pergi sebenarnya kepada wartawan-wartawan kita yang sudah pun bersedia di negeri sembilan.
00:07Saya kira mereka ni sudah pun berkampung di sana lebih dua minggu.
00:11Kita tengok ada chief kita yang utama iaitu Syaf Syukri dan juga kita ada Farhan Hakimi, kita ada Haji Nazri,
00:17kita ada Syuhadah dan juga Ashraf Malik.
00:19Masa-masa ni akan bawakan segala liputan berkaitan dengan kawasan yang mereka duduki ketika ini dan pagi ini kita akan
00:24bersama dengan lima-lima mereka.
00:25Kita akan lihat apakah sentimen yang sedang berada di situ. Kita akan lihat perkembangan hari pengundian pada awal pagi ini
00:32dan kita akan mulakan mungkin dengan saudara Syaf Syukri dahulu kita punya chief di negeri sembilan.
00:37Mungkin Syaf kini berada di Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Raja Melewa Seremban iaitu di DUN N13 Sikamat dan calon
00:45yang berada di DUN tersebut adalah Datuk Seri Aminuddin Harun daripada PKR dan juga PH.
00:51Untuk pengetahuan anda, Datuk Aminuddin Harun ni bertanding di Linggi tapi membuang undi di Sikamat.
00:59Kalau kita nak mulakan tinjauan di DUN Sikamat ini Syaf Syukri, pusat mengundi saya kira baru sahaja dibuka bagaimana situasinya
01:09atau suasananya ketika ini.
01:10Syaf
01:15Baik, terima kasih Jiji. Terima kasih KB. Begitu ligat berpantun di awal pembukaan tadi.
01:23Cuaca Alhamdulillah sangat bagus untuk ketika ini dengan matahari menyinar tepat ke wajah saya memberi gambaran masyarakat di sekitar DUN
01:36Sikamat ini betul-betul bersemangat untuk keluar mengundi untuk hari ini.
01:40Dan mereka telah tiba seawal jam 7.30 pagi tadi. Ada yang sudah tiba lebih awal dan mula beratur di
01:48hadapan tempat pembuangan undi.
01:50Dan untuk pengetahuan, Jiji dan kabir di kerusi N13 Dewan Undangan Negeri Sikamat ini ada 4 saluran.
01:57Dan kali ini akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru.
02:01Ya, kita tahu PH kali ini meletakkan Nur Azman Mohamad akan bertemu dengan calon Perikatan Nasional Dato' Razali Abu Samah
02:09dan calon Parti Peribumi Bersatu Malaysia ataupun Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz.
02:15Dan Jiji juga telah menyebutkan tadi Dato' Sri Aminuddin Harun yang juga pengurusi Perikatan Harapan Negeri Sembilan.
02:21Kali ini tidak bertanding mempertahankan DUN Sikamat namun membuat satu percubaan berani pergi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri N32
02:29Linggi.
02:30Dan Dato' Sri Aminuddin Harun akan berharapan dengan saingan dari penyandang Dato' Muhammad Faizal Ramli dan juga calon dari Bersatu
02:39iaitu Dato' Zamri Mad Said.
02:43Dan Dato' Zamri Mad Said merupakan calon dari Bersatu yang bertanding di kerusi Dun Linggi buat kali kedua kali ini.
02:50Di mana pada PRN 2023 beliau bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional.
02:55Di mana kita semua tahu pada ketika itu Perikatan Nasional dibarisi oleh beberapa parti utama antaranya PAS dan Bersatu.
03:02Namun untuk perjalanan PRN pada kali ini Bersatu akan bertanding secara solo di kesemua 24 kerusi.
03:10Dan untuk DUN Sikamat ini perlu kita lihat juga ya bagaimana strategi ataupun bagaimana PH akan mampu mempertahankan kerusi ini
03:19dengan meletakkan calon iaitu Nur Azman Muhammad yang akan menyambung legasi Dato' Sri Aminuddin Harun.
03:25Dan kerusi ini telah disandang oleh Dato' Sri Aminuddin Harun bermula tahun 2008 lagi Gigi dan KB.
03:32Dan kerusi ini pertama kali dipertandingkan untuk Dewan Undangan Negeri 9 pada 2004.
03:37Dan mungkin kita boleh flashback sikit sebab kita menantikan ketibaan Dato' Sri Aminuddin Harun.
03:42Dan pada kali pertama beliau bertanding di kerusi ini pada 2008 beliau menentang calon dari Barisan Nasional Mat Yusuf Harmain
03:50Shah
03:50dengan mencatat undian 6036 dan majoriti tipis 499.
03:57Dan kadar majoriti itu terus meningkat dari tahun ke tahun dan kalau kita dapat saksikan pada 2013
04:02Dato' Sri Aminuddin Harun sekali lagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Sikamat
04:08ada sedikit peningkatan majoriti dengan 510 dan pada 2018 di saat gelombang ataupun tsunami besar-besaran berlaku.
04:16Pada ketika itu Dato' Sri Aminuddin Harun berjaya mencatat kemenangan dengan memperoleh 9832 undi dalam saingan 4 penjuru
04:24bertemu dengan calon Barisan Nasional, PAS dan juga calon bebas.
04:28Dan ketika itu beliau berjaya mendapat 3413 undi.
04:32Dan seterusnya pada pilihan raya negeri 9 tahun 2023 dalam saingan 4 penjuru juga
04:39Dato' Sri Aminuddin Harun memperoleh 12730 undi mencatat majoriti 2662.
04:47Kalau dilihat mungkin percubaan berani Dato' Sri Aminuddin Harun yang juga ahli Parlimen Paul Dickson
04:52untuk bertanding di kerusi N32 Linggi merupakan satu perjudian yang besar dikatakan oleh beberapa penganalisi sebelum ini.
04:59Kerana kita tahu N32 Linggi merupakan kubu kuat Barisan Nasional
05:03Saya membesar di Linggi secara spesifiknya Gigi dan KB
05:08Saya menyaksikan pertukaran beberapa pemimpin daripada Tan Sri Isa Samad
05:12seterusnya kepada Dato' Ismail Taib, Dato' Abdurrahman Reza dan ketika ini penyandang Dato' Muhammad Faisal Ramli
05:20dan situasinya pada kali ini dilihat mampukah PH untuk Don Sikamat ini setelah meletakkan calon baru Nur Azman Muhammad
05:28mempertahankan legasi kepimpinan Dato' Sri Aminuddin Harun yang telah empat penggal menjadi adun di kerusi ini
05:34mungkin boleh berlaku atau mampukah Dato' Sri Aminuddin Harun memecah rekod untuk menang di kerusi N32 Linggi
05:43sebagai calon dari Pakatan Harapan yang pertama memenangi kerusi tersebut selepas beberapa tahun
05:48kerana itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional
05:50dan perkara ini dinilai dari pelbagai sudut aspek dan juga analisis ya Gigi
05:55sebab kita melihat kepada bagaimana sentimen pengundi pada kali ini
05:58apa pola perubahan, bagaimana, apakah perkara utama yang mempengaruhi pengundi untuk keluar pengundi
06:04siapa pilihan calon yang mereka perlukan untuk mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan
06:09dan bagaimana parti yang diinginkan mereka untuk memimpin keseluruhan Negeri Sembilan ini
06:13selepas pilihan raya ini berlangsung
06:15dan pastinya itu akan terus kita kongsikan dari masa ke semasa
06:19saya membuat kupasan mengenai Dato' Sri Aminuddin Harun
06:22kerana kita telah bersama dengan Dato' Sri Aminuddin Harun sejak hari pertama
06:27proses penamaan calon berlangsung hari itu
06:29dan kita beberapa kali juga telah mengikut beliau berkempen
06:33dan melihat antara bagaimana cara beliau mendekati pengundi sebelum ini
06:37tapi itu cerita ketika musim berkempen
06:39hari ini fokusnya ialah untuk proses pengundian
06:41dan pastinya kepada anda semua rakyat Negeri Sembilan yang akan keluar mengundi hari ini
06:44ingat rancang perjalanan sebaiknya
06:47jangan lupa bawa perkara-perkara penting seperti kad pengenalan
06:51dan pastikan anda berada di saluran yang betul
06:53apa-apa saya kira petugas-petugas suruhan jaya pilihan raya
06:57berada di semua tempat pada ketika ini
06:59bersedia untuk membantu dan membimbing anda
07:02sehingga anda selesai menunaikan undi hari ini
07:05ingat satu undi berharga untuk menentukan siapakah parti
07:09ataupun siapakah pemimpin yang akan mewakili anda
07:11dan paling penting gabungan manakah yang akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan
07:15selepas daripada pilihan raya ini berlangsung
07:17dan kita akan bergerak
07:20kita tidak statik di Sikamat
07:22seperti yang saya telah rancang
07:23kita akan fokuskan juga kepada beberapa kawasan utama
07:27saya akan berada di Sekolah Kebangsaan Linggi juga
07:30dan rakan-rakan lain juga akan bergerak ke beberapa lokasi utama
07:33sehinggalah malam nanti Gigi
07:35sehingga keputusan tidak rasmi diumumkan
07:37dan keputusan rasmi telahpun kita tahu
07:39dan kita akan cuba memberikan liputan yang terbaik
07:42untuk sepanjang hari ini
07:43dari pagi sampai ke malam
07:45Gigi, Kak B
07:45Syaf, pastinya itu antara analisis yang kita selalu dengar daripada Syaf
07:51kita nak tahu juga secara personalnya Syaf
07:54dengan rakan-rakan di sana bagaimana untuk PRN kali ini
07:58cabaran-cabaran untuk wartawan-wartawan di lokasi
08:01dan Syaf sendiri saya kira
08:03kita nak tanya dari mata Syaf sebagai orang negori
08:07bagaimana Syaf sendiri melihat
08:11persaingan pada pilihan raya Negeri Sembilan kali ini
08:14dan sentimen yang dimainkan
08:16personally lah
08:17saya peribadi apa pandangan Syaf?
08:23Baik, kita saya rasa sebagai orang Negeri Sembilan
08:26ahli keluarga saya, saya, ahli keluarga saya lah
08:28kita meraihkan semangat demokrasi ini
08:30untuk kita memilih siapa perwakilan yang akan mewakili kita
08:33siapa yang akan membawa suara kita
08:35ke Dewan Undangan Negeri
08:36dan itu adalah asasnya Gigi
08:38tapi sebagai rakan, sebagai wartawan
08:40dan kita mengadakan perbincangan hampir setiap hari
08:42bersama dengan kumpulan kita sendiri dari Esrawan
08:45dan juga kumpulan wartawan yang berada di lapangan
08:47pada banyak, pada setiap masa
08:49kita melihat pilihan raya ini
08:50mungkin akan memberikan satu dinamika yang berbeza
08:53seperti yang kita semua tahu
08:55pada pilihan raya Negeri 2023
08:58Barisan Nasional dan Pakatan Harapan
09:00menggunakan resepi yang sama
09:02formula yang sama di peringkat persekutuan
09:04untuk bertanding di pilihan raya pada tahun tersebut
09:08dengan memastikan mereka tidak bertembung
09:10di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri
09:12dan kita tahu juga pada waktu itu
09:14pembahagian kerusi diselaraskan
09:15Pakatan Harapan bertanding di 19 kerusi
09:18manakala Barisan Nasional 17 kerusi
09:20menyaksikan Pakatan Harapan berjaya
09:22memperoleh kemenangan di 17 kerusi
09:24manakala Barisan Nasional 14 kerusi
09:26menjadikan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri
09:29menjadi milik mereka pada 2023
09:31tapi 5 kerusi lain dimenangi oleh
09:33Perikatan Nasional yang ketika itu
09:35ada Parti PAS dan juga Bersatu
09:37dan dinamika ini berbeza pada PRN kali ini
09:40Gigi dan Kabir seperti kita tahu
09:41Bersatu bertanding secara solo
09:43Perikatan Nasional bertanding juga
09:46tapi kali ini menjalin ataupun melakukan
09:48kerjasama strategik bersama dengan Barisan Nasional
09:51dengan pembahagian kerusi yang telah juga kita laporkan
09:53sebelum ini Barisan Nasional bertanding di 25 kerusi
09:56dan Perikatan Nasional di 11 kerusi
09:58dan perkara ini menyaksikan satu dinamika
10:02ataupun perubahan yang cukup menarik
10:03untuk rakan-rakan wartawan kita fahamkan rentak di sini
10:06dan bagaimana proses ini boleh mendatangkan keyakinan kepada pengundi
10:10adakah pengundi-pengundi yang mengundi
10:13Perikatan Nasional pada 2023
10:15yang melibatkan Parti Bersatu dan PAS
10:17akan memberikan undi kepada gabungan baru ini
10:19ataupun pakatan baru ini kepada Barisan Nasional
10:21khususnya kerana kita tahu
10:23Perikatan Nasional ketika ini
10:25tidak bertembung kerusi dengan semua calon
10:27Barisan Nasional seperti yang saya sebutkan tadi
10:29Barisan Nasional 25 kerusi dan Perikatan Nasional 11 kerusi
10:32adakah sokongan itu akan diterima
10:35ataupun diberikan sebulat suara kepada rakan gabungan ini
10:38dan itu menjadi persoalan
10:39dan bagaimana pula untuk kita melihat
10:42keberadaan Parti Peribumi Bersatu Malaysia
10:45yang turut bertanding dengan 24 kerusi
10:47mampukah mereka mencipta rekod
10:49ataupun memecahkan undi
10:51ataupun mencipta kemenangan
10:53di mana-mana 24 kerusi yang mereka tandingi
10:55ini kerana saya juga sempat bertanya
10:57kepada beberapa calon bersatu yang sempat saya temui
11:00bagaimana kalau kita nak menilai kerana pada PRN yang lalu
11:05PN dianggotai oleh Bersatu dan PAS
11:07dan kali ini PAS bersama dengan Parti Wawasan
11:10membentuk gabungan dan juga
11:12bekerjasama dengan Barisan Nasional
11:14mungkin sukar sikit untuk kita faham
11:16tapi analisisnya ialah macam ini
11:17Gigi dan Khabib
11:18bagaimana untuk memastikan pengundi
11:21yang kekal mengundi bersatu pada PRN 2023
11:24akan kekal mengundi parti yang sama pada tahun ini
11:28dan itu antara soalan yang kita kongsikan
11:30bersama dengan beberapa calon
11:31daripada parti bersatu sendiri
11:33yang mereka menceritakan kepada kita
11:35bagaimana kempen dilakukan sebelum ini
11:36untuk memastikan pengundi tidak keliru
11:39dalam membuat keputusan ketika berada di peti undi pada hari ini
11:42dan itu antara dinamikanya Gigi
11:44sangat berbeza dengan 2023
11:46dan pastinya kita berada di lapangan
11:48perlu sentiasa memerhati
11:49bagaimana rentak dan juga gelagat
11:52yang akan berlaku selepas ini
11:53kerana semua penilaian ini penting
11:56seperti yang saya sebut tadi
11:58dinamika ini mungkin sedikit sebanyak
12:00memberikan cabaran kepada kami
12:01untuk memahami bagaimana proses
12:04semena perjalanan pilihan raya
12:05untuk kesemua parti yang bertanding kali ini
12:06tapi Alhamdulillah penerangan itu berjaya
12:08kita sampaikan beberapa kali sebelum ini
12:10dan seperti saya cakap
12:12inilah antara cabaran yang kami bawakan
12:14dan pastinya rakan setugas di lapangan yang lain
12:16cukup bersedia dengan cabaran ini
12:18memahami rentak dan juga perjalanan
12:20serta melakukan analisis
12:21dari semasa ke semasa
12:23dan saya kira
12:25ya mungkin-mungkin
12:27itu antara perkongsian yang dapat saya kongsikan
12:29untuk waktu ini
12:30Gigi dan Kabir
12:31mungkin kalau ada soalan lagi
12:33boleh teruskan Gigi dan Kabir
12:34ok Syaf
12:35kita nak lepehkan Syaf lah
12:36dah panah
12:37leting lah tu
12:38kita tengok kan
12:39ok Syaf kejap lagi
12:41ataupun di bluetin-buetin
12:42di siaran khas yang seterusnya
12:44Syaf akan bersama dengan kita lagi
12:45dan kejap lagi
Comments

Recommended