Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
AFC menyertai UEFA dan CONCACAF dalam menolak cadangan FIFA untuk menjual pegangan saham dalam syarikat yang bakal menguruskan Piala Dunia dan kejohanan utama badan itu.

Penolakan daripada tiga konfederasi utama itu meningkatkan tekanan terhadap Presiden FIFA Gianni Infantino dan menjejaskan usaha mendapatkan sokongan majoriti ahli FIFA.
Transcript
00:01Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC menyertai Kesatuan Bola Sepak Eropah, UEFA dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan
00:09Caribbean, CONCACAF dalam menolak rancangan FIFA untuk menjual pegangan saham dalam syarikat swasta.
00:15AFC dalam satu kenyataan menyuarakan kebimbangan serius terhadap cadangan membawa masuk pelabur swasta ke dalam kejahanan utama FIFA.
00:24Badan itu turut mempertikai proses rundingan dan pembuatan keputusan FIFA yang disifatkan mempunyai kelemahan ketara.
00:32Sebelum ini UEFA telah mengancam untuk memboikot kejahanan FIFA manakala CONCACAF turut menolak cadangan berkenaan.
00:39FIFA mahu menubuhkan FIFA Forward Enterprise dan menjual 20% pegangan saham kepada pelabur swasta.
00:45Dengan penentangan daripada AFC, UEFA dan CONCACAF, sebanyak 137 persatuan ahli FIFA kini dilaporkan tidak menyokong cadangan tersebut.
00:56Keadaan itu menjadikan usaha FIFA untuk mendapatkan sokongan majoriti daripada 211 ahli badan induk balas sepak dunia itu semakin mencabar.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended