00:00Seorang lagi peserta perhimpunan RSZ Member 8.0 maut dalam kemalangan di Leburaya Pantai Timur 1 LPT1 ketika dalam perjalanan
00:09ke program berkenaan.
00:11Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya
00:19merempuh sebuah kenderaan pancuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan.
00:24Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi di kilometer 147.1 LPT1 arah Kuantan, mangsa Muhammad Fikri Jamalun Nasi,
00:3334 tahun, dipercayai melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah Mitsubishi Triton.
00:39Kenderaan tersebut dilaporkan berhenti di lorong kecemasan bagi membantu seorang ahli konvoi yang mengalami kerosakan motosikal.
00:46Akibat rempuan itu, mangsa terbabas dan terjatuh di sebelah kanan jalan sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
00:53Pemandu dan penumpang pancuan empat roda terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:59Polis memaklumkan setakat ini tiada saksi tampil memberikan keterangan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan
01:081987.
01:09Terima kasih kerana menonton!
Comments