Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Presiden Lubnan Joseph Aoun menyifatkan letupan besar yang dilancarkan Israel di kawasan Beaufort Castle sebagai ancaman terhadap pelaksanaan perjanjian keselamatan yang diantarai Amerika Syarikat.

Beliau berkata insiden itu boleh menjejaskan usaha diplomatik dan kestabilan di selatan Lubnan menjelang rundingan baharu di Rome.
Transcript
00:00Presiden Lubnan Joseph Aoun menyifatkan letupan besar yang dilancarkan tentera Israel di tapak bersejarah Beaufort Castle sebagai satu perkembangan membimbangkan.
00:10Menurutnya serangan itu mencemarkan usaha diplomasi yang sedang dijalankan bagi memulihkan kestabilan di selatan Lubnan.
00:19Menurut si kataan yang disiarkan Agensi Berita Nasional Lubnan, Aoun mengutuk apa yang disifatkannya sebagai pencabolan berterusan Israel terhadap perjanjian
00:28sedia ada.
00:28Katanya serangan Israel yang menyasarkan infrastruktur dan tapak warisan itu menyebabkan kerosakan di beberapa perkampungan dan mengancam keselamatan penduduk awam.
00:39Aoun turut menyorakan kebimbangan susulan serangan itu berlaku ketika rundingan sedang berlangsung di Rom.
00:45Rundingan itu bertujuan meneruskan perbincangan mengenai pelaksanaan perjanjian keselamatan antara Lubnan dan Israel.
00:51Dalam pada itu, Israel mendakwa letupan berkenaan menyasarkan terowong milik Hezbollah yang didakwa terletak di bawah tapak bersejarah tersebut.
01:00Kerajaan Lubnan bagaimanapun menyatakan letupan itu menyebabkan kerosakan kepada kediaman penduduk dan mencetuskan gegaran di kawasan sekitarnya.
01:08Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended