Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Bank of Japan (BOJ) membuat keputusan pada Jumaat untuk mengekalkan kadar faedah penanda aras pada 1.0 peratus, sambil menurunkan unjuran inflasi bagi tahun fiskal semasa.
Transcript
00:00Bank of Japan, BOJ membuat keputusan pada Jumaat untuk mengekalkan kadar faedah penanda aras pada 1.0% sambil menurunkan
00:10unjuran inflasi bagi tahun fiskal semasa.
00:13Susulan mesyuarat lembaga pengarah selama dua hari, BOJ memutuskan menerusi undian 8-1 untuk mengekalkan kadar panggilan semalaman tanpa cagaran
00:22pada 1.0%.
00:26Seorang ahli jawatan kuasa pula mengundi untuk menaikkan sasaran dasar jangka pendek kepada 1.25%.
00:34Bank pusat itu sekali lagi menegaskan kesediaannya untuk terus menaikkan kos pinjaman bagi memendung risiko inflasi yang kian meningkat.
00:43Sejak menamatkan dasar kadar faedah negatif yang bersejarah pada Mac 2024, BOJ telah menaikkan kadar faedah sebanyak lima kali.
00:51Pada Jun, Bank pusat itu menaikkan kadar dasar jangka pendeknya kepada 1% daripada 0.75% sekaligus membawa kadar
01:01dasarnya ke paras tertinggi sejak 1995.
01:04Pada Jumaat, BOJ turut mengeluarkan laporan suku tahunan mengenai perkembangan ekonomi dan harga.
01:10Bank pusat itu menyasarkan ekonomi Jepun berkembang 0.6% bagi tahun fiskal semasa yang berakhir Mac 2027 berbanding anggaran
01:20awal pertumbuhan 0.5%.
01:23Bagi tahun kewangan 2026, BOJ menyimak turun ramalan inflasi dan mengunjurkan inflasi teras mencapai 2.5% berbanding ramalan 2
01:34.8% pada April.
01:36Bagi tahun fiskal 2027 pula, BOJ menyimak naik sedikit unjuran inflasi kepada 2.4% daripada 2.3% sebelum
01:46ini menekala ramalan bagi tahun fiskal 2028 kekal pada 2.0%.
01:52Sasaran jangka panjang BOJ adalah untuk mencapai kadar inflasi 2% secara mampan.
Comments

Recommended