00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Washington dan Israel telah mencapai satu kefahaman berkaitan perjanjian pelucutan senjata Hamas.
00:09Menurut Trump, perjanjian itu kononnya merupakan satu kejayaan besar dalam usaha menamatkan konflik yang berlarutan di Gaza.
00:19Beliau menyatakan Israel menyambut baik perkembangan itu meskipun Tel Aviv belum secara rasmi menyatakan pendiriannya terhadap perjanjian berkenaan.
00:26Trump juga mendakwa Hamas telah bersetuju dengan langkah awal perjanjian yang bertujuan menamatkan perang secara menyeluruh.
00:33Antara komponen utama perjanjian itu ialah penyerahan senjata oleh Hamas kepada satu jawatan kuasa Palestine sebagai balasan kepada pengunduran sepenuhnya
00:41tentera Israel dari Gaza.
00:43Bagaimanapun beberapa pemimpin Israel masih mempertikaikan cadangan berkenaan.
00:48Menteri Keselamatan Israel Itaman Ben-Givir menyifatkan perjanjian itu sebagai tidak boleh diterima dan mendakwa ia memberi ruang kepada Hamas
00:56untuk bangkit semula.
00:58Dalam masa sama, menurut Wakil Israel Kepertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Danny Danon, negaranya hanya akan menyokong perjanjian yang menjamin
01:06Hamas tidak lagi mempunyai keupayaan ketenteraan.
01:09Trump bagaimanapun kekal optimis dan menyifatkan usaha melucutkan senjata Hamas sebagai sesuatu yang sebelum ini dianggap mustahil.
Comments