Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Sempena Ulang Tahun ke-40 SHIN Ramyun, NONGSHIM memperkenalkan perisa baharu SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi berkonsepkan "SWICY", selain meraikan pencapaian jualan terkumpul global yang melepasi 20 trilion Won Korea.
Transcript
00:00Selepas empat dekad menerajui pasaran mie segera Korea, Nongshim kini memperluas keberadaannya di Malaysia
00:07menerusi gabungan inovasi produk dan kandungan digital bagi mendekatkan budaya negara itu kepada pengguna tempatan.
00:16Sempena ulang tahun ke-40, Shin Ram Yun, jenama tersebut memperkenalkan perisa baharu stir-fry kimchi berkonsepkan suaisi.
00:24selain meraihkan pencapaian jualan terkumpul global yang melepasi 20 triliun won Korea.
00:32Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Nongshim, Antonio Chiu berkata, pencapaian itu membuktikan Shin Ram Yun terus menjadi pilihan pengguna
00:41sekaligus mendorong jenama itu untuk terus berinovasi tanpa mengorbankan cita rasa asli Korea yang menjadi identiti jenama berkenaan.
01:14Risa baharu stir-fry kimchi menampilkan gabungan rasa manis, pedas dan umami dengan mie kenyal ikonik Shin Ram Yun.
01:23Selain dibangunkan khusus untuk pasaran Malaysia serta disahkan halal bagi memenuhi keperluan pengguna tempatan.
01:32Duta jenama Nongshim Malaysia, Wani Hasrita berkata,
01:35sijil halal membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati makanan Korea dengan lebih yakin,
01:42selaras minat yang semakin meningkat terhadap budaya dan cita rasa Korea.
01:47Saya suka makanan Korea kan, bila mereka dah ada kesedaran untuk mengeluarkan makanan-makanan
01:57dan make sure daripada sumber-sumber halal.
02:01Jadi of course, sebagai consumer daripada, bukan daripada Korea, saya sangat happy dan saya sangat look forward lah
02:10untuk nak mencari makanan-makanan daripada Korea.
02:14Selain memperkenalkan produk baharu, Nongshim turut meneruskan penekatan penceritaan digitalnya
02:20menerusi mikrodrama TikTok Impian di Seoul, susulan kejayaan musim pertama salju di Busan.
02:27Dipintangi Kai Bahar, Wani Hasrita dan Shah Jazal, musim kedua siri itu membuat penampilan
02:33sempena Malaysia International Film Festival, MIF Fest ke-9, sebelum ditayangkan secara eksklusif menerusi platform TikTok.
02:43Siri berkonsepkan kidrama itu turut menampilkan pengakhiran interaktif yang menguji daya pemikiran penonton
02:49untuk memilih sendiri pengakhiran cerita, sekaligus mencerminkan usaha Nongshim dalam menggabungkan makanan,
02:57hiburan dan budaya digital untuk mendekati generasi muda.
Comments

Recommended