00:00Kebakaran hutan yang merebak di kawasan berbukit dan berhutan berhampiran Cotinac, Selatan Perancis, memusnahkan kira-kira 1,700 hektare kawasan.
00:09Pegawai tempatan berkata kebakaran itu merebak ke arah bandar Corines, Cotinac dan Montfort di Jabatan VAR.
00:17Menurut kenyataan pejabat wilayah, kebakaran berkenaan merupakan yang terbesar direkodkan di kawasan Provins sejak awal musim panas.
00:25Kira-kira 800 anggota bomba dikerahkan bagi mengawal kebakaran yang turut menghasilkan kepulan asap tebal.
00:32Ratusan penduduk dipindahkan ke pusat pelindungan sementara, manakala beberapa jalan ditutup kepada lalu lintas sebagai langkah keselamatan.
00:41Usaha memadam kebakaran dan mengawal pergerakan api masih dijalankan dengan pihak berkuasa terus memantau keadaan di kawasan terjejas.