Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Inflasi Malaysia naik 1.9 peratus pada Jun 2026, didorong kos pengangkutan dan perkhidmatan kewangan, namun tekanan harga keseluruhan kekal sederhana dengan kadar bulanan stabil.
Transcript
00:00Kadar inflasi Malaysia meningkat 1.9% pada Jun 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu, sedikit lebih rendah berbanding 2
00:08.0% yang direkodkan pada Mei 2026.
00:12Menurut Jabatan Perangkat Malaysia Dursun pada Jumaat, mata indeks harga pengguna IHP meningkat kepada 137.1% berbanding 134.5
00:22% pada Jun 2025.
00:25Peningkatan harga terus dipacu oleh beberapa kumpulan perbelanjaan utama, terutama insurans dan perkhidmatan kewangan yang mencatatkan kenaikan 5.7%
00:34berbanding 4.9% pada bulan sebelumnya.
00:38Selain itu, kumpulan restoran dan perkhidmatan penginapan meningkat 2.6% manakala maklumat dan komunikasi naik 2.4%.
00:47Dari sudut geografi, tujuh negeri merekodkan kadar inflasi melebihi purata nasional dengan Pahang mencatatkan kadar tertinggi pada 2.6%
00:55diikuti Johor dan negeri sembilan, masing-masing pada 2.5%.
00:59Bagi perbandingan bulanan, inflasi keseluruhan pada Jun 2026 kekal mendatar berbanding Mei.
01:06Bagaimanapun, kumpulan insurans dan perkhidmatan kewangan meningkat 0.8% menekala kumpulan pengangkutan serta penjagaan diri, pelindungan sosial dan pelbagai
01:15barangan dan perkhidmatan masing-masing mencatatkan penurunan.
01:18Secara keseluruhan, inflasi bagi suku kedua 2026 meningkat pada 1.9% berbanding 1.6% pada suku pertama tahun
01:26ini mencerminkan tekanan harga yang masih terkawal meskipun beberapa kategori perbelanjaan menunjukkan peningkatan yang lebih ketara.
Comments

Recommended