Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Program kutipan dana Larian Kesyukuran Muar yang dianjurkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpulkan RM54,692 setakat pagi Jumaat. Menerusi perkongsian di media sosial, beliau memaklumkan sambutan luar biasa diterima sepanjang laluan larian apabila orang ramai hadir memberikan sokongan dan doa. Larian yang bermula di Putrajaya itu menyasarkan kutipan RM200,000 untuk program Foodbank dan inisiatif iPad Muar, dengan perjalanan dijadualkan berakhir di Laman Maharani, Muar pada 19 Julai.
Transcript
00:00Program kutipan dana larian kesyukuran MUA yang dianjurkan oleh ahli parlimen MUA, Said Sadiq Said Abdul Rahman, berjaya mengumpul dana
00:09sebanyak RM54,692 setakat jumaat.
00:13Jumlah itu semakin menghampiri sasaran yang ditetapkan iaitu kutipan sebanyak RM200,000.
00:21Menerusi hantaran videonya di TRETS, Said Sadiq memaklumkan acara tersebut juga menerima sambutan menggalakkan apabila orang ramai menunggu di sepanjang
00:29laluan perjalanan bagi memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan misi tersebut.
00:34Setakat Kamis malam, Said Sadiq sudah berada di Labu Negeri Sembilan selepas memulakan lariannya dari Istana Kehakiman di Putrajaya pada
00:41sebelah petang hari sama.
00:42Larian kesyukuran MUA itu melibatkan laluan bermula dari Putrajaya dan bakal berakhir di laman Maharani MUA, Johor dengan cabaran melengkapkan
00:51laluan ini selama empat hari bermula pada 16 hingga 19 Julai ini.
00:56Ia menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 yang akan disalurkan kepada program Foodbank serta inisiatif iPad MUA bagi membantu golongan
01:04yang memerlukan.
01:05Beliau turut mengajak lebih ramai pihak tampil memberikan sumbangan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
01:11Sementara itu, Said Sadiq menyifatkan kejayaan setakat ini bukan hanya hasil usaha beliau semata-mata, sebaliknya didorong oleh sokongan dan
01:18semangat yang diberikan oleh orang ramai sepanjang perjalanan.
Comments

Recommended