00:00Gaji yang adil semata-mata tidak lagi mencukupi untuk memastikan pekerja berasa dihargai oleh majikan.
00:06Menurut laporan Saleri Pals 2026 yang diterbitkan Jobstreet,
00:10berdapati pekerja kini menilai gaji mereka berdasarkan faktor pengiktirafan,
00:15peluang perkembangan kerjaya dan sokongan di tempat kerja selain kadar gaji yang ditawarkan.
00:21Sebanyak 81% responden percaya mereka menerima gaji yang adil bagi peranan semasa,
00:27namun hanya 49% menyatakan mereka berpuas hati dengan pendapatan yang diterima.
00:33Dapatan tersebut menunjukkan wujud jurang yang semakin ketara
00:36antara persepsi terhadap keadilan gaji dan tahap kepuasan kerja secara keseluruhan.
00:42Kajian itu melibatkan 1,010 pekerja Malaysia berusia antara 18 hingga 64 tahun
00:47dan meneliti persepsi mereka terhadap gaji, kenaikan gaji serta perbincangan berkaitan pampasan.
00:53Jobstreet menyatakan dapatan tersebut mencerminkan perubahan dalam cara pekerja mentarifkan nilai di tempat kerja
01:00dengan ramai melihat gaji sebagai simbol pengiktirafan, kemajuan kerjaya dan sokongan organisasi bukannya sekadar-kadar pasaran.
01:08Pengarah urusan Jobstreet Malaysia Nikola Selam berkata,
01:11pekerja kini semakin jelas membezirkan antara menerima gaji yang adil dan berasa benar-benar dihargai oleh organisasi.
01:17Beliau berkata gaji yang kompetitif masih penting, namun pekerja turut mahukan ganjaran yang mencerminkan sumbangan mereka,
01:26peluang untuk berkembang serta keyakinan terhadap kemajuan kerjaya.
01:30Laporan itu turut menunjukkan bahawa dalam kalangan pekerja yang menganggap gaji mereka berada pada tahap yang sesuai,
01:36hanya 41% berasa benar-benar gembira dengan kadar gaji yang diterima.
01:40Kajian berkenaan juga mendapati pekerja sanggup membuat beberapa kompromi demi memperoleh pendapatan lebih tinggi,
01:47namun mereka tetap enggan mengorban budaya kerja dan nilai peribadi.
01:51Seramai 19% responden menyatakan mereka sanggup menerima jawatan lebih rendah sebagai balasan kepada kenaikan gaji sebanyak 10%,
01:59manakala 21% sanggup berada dalam keadaan bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat.
02:04Dari segi kenaikan gaji, sebanyak 56% pekerja Malaysia dilaporkan menerima peningkatan gaji dalam tempoh setahun lalu.
02:14Laporan itu juga mendapati pekerja meletakkan nilai yang lebih tinggi terhadap genjaran berasaskan prestasi.
02:21Terima kasih telah menonton!
Comments