Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Majlis istiadat mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang dijadual berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Jumaat ditangguhkan ke Sabtu. Setakat ini, tiada penjelasan rasmi diberikan berhubung penangguhan tersebut. Istiadat yang dijangka berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail itu bakal menyaksikan barisan kepimpinan baharu kerajaan negeri melafazkan sumpah simpan rahsia dan menerima watikah pelantikan masing-masing. Terdahulu, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional meraih kemenangan besar pada PRN Johor ke-16.
Transcript
00:00Majlis Istiadat mengangkat sumpah jawatan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Exko Johor yang dijadual berlangsung di Istana Bukit Serin, Johor
00:09Baru hari ini ditangguhkan keesok.
00:12Perkara itu dimaklumkan kepada petugas media oleh Pejabat Media Diraja RPO dan setakat ini tiada sebarang alasan rasmi diberikan berhubung
00:20penangguhan istiadat berkenaan.
00:21Istiadat penuh mengangkat sumpah Exko Kerajaan Negeri Johor dijadual berlangsung di hadapan pemangku Sultan Johor, Tunku Makoto Ismail, di Istana
00:31Bukit Serin pada pagi Jumaat.
00:33Bagaimanapun, atas sebab tidak diketahui pengamal media, istiadat tersebut dibatalkan pada pagi Jumaat dan akan dijalankan pada Sabtu 18 Julai.
00:42Istiadat tersebut dijangka menyaksikan Barisan Kepimpinan Baru Pentadbiran Negeri melafazkan sumpah simpan rahsia sebelum menerima watikah pelantikan masing-masing.
00:52Pada 12 Julai lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Macap, Datuk On Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor
00:59bagi penggal kedua berturut-turut susulan kejayaan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri PRN Johor.
Comments

Recommended