00:00Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu tidak berpisah atau mufarakah secara sukarela daripada Perikatan Nasional PN.
00:10Beliau berkata demikian ketika membidas kenyataan pemimpin PAS Tan Sri Anwar Musa yang didakwa menuduh Bersatu bertindak mendahului keputusan PN
00:20serta menghalang usaha penyatuan Melayu.
00:24Muhyiddin sebaliknya mendakwa hak Bersatu sebagai parti pengasas dan anggota sah PN telah dinafikan apabila rundingan kerusi pilihan raya bersama
00:32parti itu tidak diteruskan.
00:34Beliau turut mendakwa Bersatu tidak dijemput menghadiri mesyuarat khas majlis tertinggi PN yang memutamatkan pembahagian kerusi antara parti anggota gabungan
00:43berkenaan.
00:44Sebagian itu, beliau mempersoalkan tuduhan bahawa Bersatu bertindak mendahului keputusan mesyuarat sedangkan parti itu tidak dijemput menghadirinya.
00:53Mengulas rundingan antara PN dan Barisan Nasional PN, Muhyiddin berkata beliau tidak mempersoalkan rundingan berkenaan selepas pengurusi PN mengakui telah
01:02memberikan kebenaran untuk ia dilaksanakan.
01:05Namun, beliau pandangan perkara dasar berhubung kerjasama itu sepatutnya dibawa terlebih dahulu kepada majlis tertinggi PN.
01:12Beliau berkata rundingan tersebut dibuat tanpa penglibatan semua parti anggota dan tanpa mandat majlis tertinggi manakala keputusan mengenainya hanya dibawa
01:20kepada badan berkenaan selepas dimuktamadkan.
01:23Tambahnya, sepanjang lima tahun memimpin PN, beliau tidak pernah menepikan mana-mana parti anggota dalam proses membuat keputusan termasuk membabitkan
01:31dasar parti dan pembahagian kerusi pilihan raya.
01:34Beliau turut menyifatkan tuduhan bahawa bersatu menghalang penyatuan Melayu sebagai tidak bertanggungjawab serta menegaskan perjuangannya untuk agenda itu tidak pernah
01:43terpadam.
Comments