00:00Ketemu kembali, rancangan pelaburan baru syarikat Network School di Malaysia ditangguhkan susulan kontroversi yang tercetus mendakwa syarikat tersebut melindungi pendatang
00:10asing tanpa izin parti.
00:12Perkara tersebut dikongsikan pengasasnya Balaji Srini Vassan yang turut menyifatkan dawaan tersebut sebagai tidak berasas.
00:19Menurutnya, beberapa rakan pelabur serta eksekutif syarikat teknologi antarabangsa turut mengambil langkah menangguhkan rancangan pelaburan masing-masing di Forest City,
00:28Johor.
00:30Antara lain, keputusan itu akan kekal sehingga pihaknya memperoleh jaminan bahawa insiden seumpama itu tidak akan berulang dan tidak lagi
00:38menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.
00:42Beliau mendakwa, pada 11 Julai lalu, satu akaun media sosial tanpa nama telah memuat naik hantaran di Instagram yang mendakwa
00:50secara palsu bahawa Network School melindungi parti.
00:53Dawaan tersebut kemudiannya mencetuskan perhatian meluas sehingga pihak berkuasa hadir ke Campus Network School di Forest City pada 14 Julai
01:02bagi menjalankan siasatan.
01:04Jelasnya hasil pemeriksaan yang melibatkan ratusan pasport fizikal milik individu dari 40 negara, termasuk pemegang dui kewarganegaraan, pihak berkuasa mengesahkan
01:15bahawa semua dokumen perjalanan yang diperiksa adalah sah.
01:19Pada 12 Julai lalu, tular dawaan mengenai kewujudan warga Israel dalam program dikenali sebagai Network School yang beroperasi di Forest
01:28City, Iskandar Puteri Johor sehingga menarik perhatian Menteri Besar Johor, Datuk On Hafiz Ghazi yang mengarahkan siasatan dijalankan.
01:36Sesulan itu, Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap 266 warga asing dari 40 negara dan mendapati kesemua individu yang diperiksa
01:46memiliki dokumen imigresen yang sah berdasarkan rekod semasa.
01:51Dalam pada itu, Balaji dalam kenyataannya memohon satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim diadakan bagi membincangkan kemungkinan
02:00memeterai Memorandum Persefahaman MOU antara Network School dan Kerajaan Malaysia.
02:06Menurutnya ia bertujuan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak serta memulihkan keyakinan komuniti teknologi global terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Comments