Skip to playerSkip to main content
Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan pilihan menerima wang rasuah berjumlah RM1,000.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Sazlina Safie terhadap Ahmad Amin Khairul Komar, 42, selepas mendapati kesemua elemen kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berjaya dibuktikan manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788050/berita/semasa/terima-rasuah-masuk-akaun-bank-isteri-anggota-polis-trafik-dipenjara-4-bulan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Mahkamah
Transcript
00:00Seorang anggota polis trafik berpangkat korporal dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Session Kuantan pada Khamis
00:06selepas didapati bersalah atas empat petuduhan pilihan menerima wang rasuah berjumlah seribu ringgit.
00:12Hukuman itu dijatuhkan Hakim Saslina Safi terhadap Ahmad Amin Hairul Kumar, 42 tahun,
00:19selepas mendapati kesemua elemen kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan Berjaya dibuktikan
00:25manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
00:32Hakim ketika membuat keputusan itu memaklumkan kesemua hukuman penjara yang perlu dijalani tertuduh
00:37berjalan secara serentak bermula tarikh sabitan pada Khamis.
00:41Mengikut pertuduhan, Ahmad Amin didakwa menerima wang berjumlah seribu ringgit
00:45menerusi empat transaksi pindahan wang secara dalam talian ke akaun istrinya
00:50daripada seorang individu yang mempunyai urusan rasmi dengannya.
00:54Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 3 Oktober 2017 hingga 2 Mac 2018
01:00ketika tertuduh bertugas di bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik
01:04Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.
01:07Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak,
01:09Mahkamah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman sementara
01:13menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi Kuantan.
01:16Mahkamah menetapkan jaminan dinaikkan kepada RM10,000
01:20bersama seorang penjamin bercagar
01:22serta mengarahkan pasport antarabangsa tertuduh disimpan oleh Mahkamah.
Comments

Recommended