Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Orang ramai khususnya ibu bapa digesa supaya tidak terus menyalahkan guru atau pihak sekolah setiap kali berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan terhadap pelajar di sekolah. Menurut Peguam Bela & Peguam Cara, Yusfarizal Yusoff, undang-undang hanya mensyaratkan pihak sekolah menyediakan pengawasan yang munasabah dan bukannya kawalan yang sempurna. Beliau menegaskan bahawa setiap insiden perlu disiasat terlebih dahulu bagi menentukan sama ada wujud kecuaian pihak sekolah, guru atau pelajar sebelum sebarang tuduhan dibuat. Pandangan tersebut dikongsikan dalam program AWANI Pagi ketika mengulas keperluan mewujudkan Akta Perlindungan Guru.
Transcript
00:00Seterusnya, ibu bapa digesa supaya tidak terus menyalahkan guru serta pihak sekolah jika berlaku kemalangan melibatkan kecederaan terhadap anak mereka
00:09ketika di sekolah.
00:11Dalam hal ini, menurut Peguam Bela dan Peguam Cara Yusfar Rizal Yusof, pihak sekolah hanya perlu memberikan pengawasan yang munasabah.
00:19Tambah beliau jika berlaku kemalangan di kawasan sekolah, siasatan perlu melihat sudut pandang kecuaian pelajar sebelum tuduhan dilemparkan kepada pihak
00:27sekolah serta guru yang terlibat.
00:31Dengarkan penjelasan Yusfar Rizal semasa menjadi tetamu di program Awani Pagi pada Jumaat.
00:37Bukan semua kemalangan itu adalah disebabkan kecuaian pihak sekolah. Walaupun kemalangan tersebut berlaku di dalam kawasan sekolah.
00:49Jadi, jangan takut maksudnya kita apa yang perlu dilakukan adalah guru-guru itu memberikan pengawasan.
00:57Dan saya sebut tadi, pengawasan yang dituntut oleh undang-undang, keselamatan yang dituntut oleh undang-undang adalah keselamatan dan pengawasan
01:06yang munasabah.
01:08Bukannya perfect. Kita tak nak macam sekolah ini dah jadi macam kena invest untuk letakkan sistem keselamatan yang paling canggih
01:18di dalam teknologi yang paling canggih.
01:21Bukan itu yang dituntut. Tetapi yang dituntut adalah langkah yang munasabah.
01:26Jadi, menjawab kepada soalan GG, adakah semua kemalangan di sekolah secara otomatiknya akan disalahkan pihak sekolah?
01:34Jawapan saya adalah tidak. Kerana kemalangan yang berlaku di sekolah ataupun di mana-mana saja,
01:40mesti melihat sama ada ia adalah daripada kecuaian.
01:45Mengulas mengenai keperluan mengiktiraf Akta Pelindungan Guru, beliau menegaskan sebarang kemalangan di sekolah tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya kepada guru yang
01:54terlibat.
01:54Ini kerana katanya, jika berterusan ia dibembangi, mampu mengganggu proses pembelajaran yang sedang berjalan sekaligus menyebabkan banyak pihak yang akan
02:04terkesan.
Comments

Recommended