00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak kongsi resepi kuih lapis pelangi. Jom kita masak.
00:04Satukan santan dan gula. Panaskan seketika sehingga gula larut.
00:07Ketepikan dan biarkan suam. Satukan tepung ubi, tepung beras, campuran santan tadi dan perisa ros.
00:13Perisa ros ni optional je jika tiada, boleh je gunakan esen vanila.
00:17Kacau adunan hingga sebati dan tiada ketulan tepung.
00:20Step ni penting supaya kuih kita tu menjadi elok.
00:22Adunan ni juga kita kena tapis supaya hasil kuih kita nanti jadi lebih licin.
00:26Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna merah jambu, kuning, hijau, biru dan ungu.
00:32Untuk dapatkan warna pastel yang cantik, titik sikit sahaja perwarna. Jangan lebih.
00:37Panaskan pengukus dan sapu minyak pada acuan.
00:39Tuang 2 sudu besar adunan ungu. Kukus selama 5 minit.
00:42Kemudian tuang 2 sudu besar adunan biru. Kukus lagi selama 5 minit.
00:45Ulang langkah yang sama untuk lapisan hijau dan kuning.
00:48Akhir sekali tuang lapisan merah jambu. Kukus selama 15 minit sehingga keseluruhan kuih masak sempurna.
00:54Buka penutup kukusan dan kukus kuih tanpa penutup serama 5 minit lagi untuk dapatkan permukaan kuih yang licin dan cantik.
01:01Dah siap kuih lapis pelangi kita.
01:03Biarkan kuih lapis sejuk terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
01:07Lembut, kenyal dan wangi memang sedap.
01:09Warnanya pun cantik.
01:11Sesuai dihidangkan ketika minum petang.
01:12Anak-anak pun pasti suka ni.
01:14Selamat mencuba.
01:15Nak tengok tim rasa masak share live?
01:17Jom intai asyik kami di TikTok Maja Rasa setiap syasana Khamis.
01:20Ingat makan, ingat rasa. Jangan lupa tonton!
Comments