00:00Cuba sekali lagi berdepan gangguan bekalan elektrik berskala besar selepas sistem grid nasional negara itu runtuh pada selasa. Ia merupakan
00:08insiden ketiga seumpamanya dalam tempoh sembilan hari.
00:14Kementerian Tenaga Cuba maklumkan sistem bekalan elektrik terputus sepenuhnya menjejaskan jutaan penduduk di Pulau Karibian itu. Gangguan berulang itu berlaku
00:23ketika Cuba berdepan krisis tenaga yang semakin meruncing dengan keadaan diburukkan oleh sekatan minyak yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
00:30Menurut laporan, sekatan tersebut menjejaskan keupayaan Cuba mendapatkan bekalan bahan api yang diperlukan untuk mengendalikan infrastruktur tenaga negara yang semakin
00:40usang.
00:41Keadaan menjadi lebih sukar selepas Venezuela yang sebelum ini merupakan pembekal utama bahan api kepada Cuba tidak lagi dapat membekalkan
00:49minyak seperti biasa.
00:50Meksiko turut menghentikan penghantaran minyak ke negara itu. Krisis bekalan elektrik yang berpanjangan turut dilaporkan mencetuskan rasa tidak puas hati
00:58terhadap kerajaan dan mendorong protes kecil di beberapa kawasan.
01:03Pihak berkuasa kini berusaha memulihkan sistem bekalan elektrik ketika jutaan penduduk terus berdepan cabaran akibat krisis tenaga yang berlarutan.
Comments