Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Tahir Andrabi, berkata walaupun pelaksanaan MoU itu berdepan pelbagai cabaran, Islamabad akan terus menggalakkan semua pihak menamatkan keganasan dan kembali mengadakan rundingan di peringkat teknikal.
Transcript
00:00Pakistan terus menggesa Amerika Syarikat dan Iran menghentikan konflik serta menyambung semula rundingan di bawah Memorandum Persefahaman yang dimeterai bulan
00:09lepas.
00:10Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Tahir Andrabi mengakui pelaksanaan MOU itu berdepan pelbagai cabaran.
00:17Namun beliau menegaskan Islamabad akan terus menggalakkan semua pihak, menamatkan keganasan dan kembali mengadakan rundingan di peringkat teknikal.
00:28Sejak perang bermula pada 28 Februari, Pakistan memainkan peranan penting sebagai orang tengah dalam usaha meredakan konflik antara Amerika dan
00:37Iran.
00:38Pada April, Pakistan menjadi tuan rumah rundingan yang menyaksikan buat pertama kali dalam tempoh empat dekad.
00:46Pegawai Amerika dan Iran duduk semeja bagi membincangkan usaha penyelesaian konflik.
00:52Pada Jun, negara itu turut membantu memudah cara pemeteraian perjanjian interim yang ditandatangani oleh Presiden Iran Mas'ud Bezashqian, Presiden
01:02Amerika Donald Trump dan Perdana Menteri Pakistan Sheikh Bas Sharif.
01:06Perjanjian interim itu kemudiannya dibincangkan pada sidang kemuncak di Switzerland.
Comments

Recommended