Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kolaborasi antara KPDN dan KLFW 2026 adalah sebahagian daripada strategi serta pendekatan baharu di bawah JOM MALAYSIA, yang bukan sekadar penjenamaan semula tetapi mencerminkan anjakan menyeluruh berteraskan empat tonggak utama, iaitu gerakan nasional, pendekatan menyeluruh kerajaan, keterangkuman produk tempatan dan memperluas pasaran.
Transcript
00:00Kementerian Pendangangan Dalam Negeri dan Kuasar Hidup KPDN menjalin kerjasama strategik dengan Kuala Lumpur Fashion Week KLFW 2026 bagi memperkasakan
00:11promosi produk tempatan.
00:13Menterinya Datuk Armizan Muhammad Ali berkata kerjasama julung kali itu dibuat susulan pelancaran gerakan Jom Beli Produk Malaysia atau Jom
00:23Malaysia pada 27 Jun lepas.
00:25Ia sekaligus menjadi strategi transformasi kepada evolusi kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang diperkenalkan sejak 1984.
00:37Armizan berkata kolaborasi antara KPDN dan KLFW 2026 adalah sebahagian daripada strategi serta pendekatan baru di bawah Jom Malaysia.
00:48Ia bukan sekadar penjenamaan semula tapi mencerminkan anjakan menyeluruh berteraskan empat tonggak utama
00:54iaitu gerakan nasional pendekatan menyeluruh kerajaan, keterangkuman produk tempatan dan memperluas pasaran.
01:01The time has come to strengthen the initiative with a greater clarity, stronger execution and more deliberate effort
01:11to deliver meaningful and measurable outcomes.
01:16For this very reason, less than a month ago, on 27 Jun, we took the bold step re-engineering this
01:25movement
01:26through the launch of the Jom Beli Malaysia initiative.
01:31Ujahnya KLFW bukan sahaja menjadi pentas memperaga kreativiti dan inovasi industri fesyen negara,
01:38malah berperanan sebagai platform strategi dalam memperluas peluang perniagaan,
01:43menarik pelaburan serta membuka ases pasaran baru kepada produk dan jenama Malaysia.
01:48KLFW 2026 di jadual berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos ini di eksplend KLCC dengan pelbagai pengisian
01:56merangkumi petunjukan fesyen, pameran jenama, sesi padanan perniagaan, perkongsian industri
02:02serta aktiviti yang dibak urus bersama pemain industri fesyen dan gaya hidup.
02:08Edisi kali ini melibatkan penyertaan kira-kira 60 jenama tempatan, 35 pereka fesyen
02:13serta lebih 20 rakan strategi industri yang bersama-sama memperkukuh ekosistem fesyen Malaysia.
Comments

Recommended