00:00Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes pengambayan seorang bayi lelaki yang cedera ketika berada dalam jagaan mereka
00:09di Taman Bukit Tambun Perdana, Durian Tunggal di Alun Gajah.
00:13Ketua Polis Melaka, Dato' Zulkairi Mukhtar berkata, bayi berusia sembilan bulan itu mengalami benjol pada dahi dan lebam di belakang
00:21badan.
00:22Bayi terbabit kini ditahan di Wat Kanak-Kanak Hospital Melaka.
00:28Zulkairi dalam kenyataan berkata, polis menerima satu laporan pada 11.32 pagi Rabu berhubung kecederaan fizikal bayi tersebut.
00:37Susulan laporan itu, polis menahan suami isteri berusia 41 tahun dan 34 tahun itu pada 11.30 malam Rabu untuk
00:45membantu siasatan.
00:46Menurut Zulkairi, siasatan awal mendapati pengasuh pada mulanya memaklumkan kecederaan bayi berkenaan berlaku kerana mangsa terhantuk pada lantai dan tersangkut
00:58di bawah katil ketika merangkak.
01:00Bagaimanapun, punca sebenar masih belum dikenalpasti kerana bayi terbabit masih menjalani pemeriksaan oleh pegawai perubatan.
01:08Zulkairi berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing mereka negatif.
01:16Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis.
01:20Kes disiasat di bawah Seksyen 31-1-A, Akta Kanak-Kanak 2001.
Comments