Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Menteri Pendidikan Rendah dan Menengah, Abdul Mu'ti berkata sekatan tersebut bukanlah bertujuan untuk mengharamkan penggunaan gajet, sebaliknya untuk mengawal selia penggunaannya agar ia dapat menyokong proses pembelajaran dengan lebih baik.
Transcript
00:00Indonesia mengehadkan penggunaan gadget sewaktu aktiviti pembelajaran di institusi pendidikan di bawah dasar baharu.
00:09Ia bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi digital secara selamat, bertanggungjawab serta berunsurkan pendidikan dalam kalangan pelajar.
00:19Menteri Pendidikan Rendah dan Menengah Abdul Mukti berkata, sekatan tersebut bukan untuk mengharamkan penggunaan gadget,
00:27sebaliknya untuk mengawal selia penggunaannya agar ia dapat menyokong proses pembelajaran dengan lebih baik.
00:33Dasar tersebut digariskan dalam surat perkeliling Menteri Pendidikan Rendah dan Menengah Bilangan 18 tahun 2026
00:39mengenai sekatan penggunaan gadget di institusi pendidikan yang diwartakan pada 13 Julai.
00:45Menurut kementerian itu, sekatan berkenaan terpakai sewaktu aktiviti pembelajaran untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko yang berkaitan dengan teknologi digital.
00:55Ia termasuk ketagihan digital, pendidahan kepada kandungan berbahaya, keganasan dalam talian, ancaman keselamatan saiber, serta masalah kesihatan fizikal dan mental.
01:08Abdul Mukti berkata, surat perkeliling itu juga bertujuan memupuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
01:16Selain itu, meningkatkan tumpuan pelajar, memperkukuh interaksi sosial dalam kalangan pelajar,
01:22menyokong gerakan tujuh tabiat anak hebat Indonesia dan mempermosikan budaya digital yang sihat, selamat serta bertanggungjawab.
Comments

Recommended