00:00Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Sikamat pada pilihan raya negeri Negeri
00:10Sembilan kali ini bukan kerana lari dari kawasan yang diwakilinya selama ini.
00:16Sebaliknya, pengurusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan itu menjelaskan keputusan bertanding di Dun Linggi dibuat atas pilihan dan kehendaknya sendiri.
00:25Ia bagi meneruskan khidmat serta bakti kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
00:34Aminuddin dalam kenyataan di media sosial berkata, sepanjang empat penggal menjadi adun Sikamat, beliau telah melalui pelbagai fasa termasuk ketika
00:43menjadi wakil rakyat pembangkang sebelum diberi amanah sebagai Menteri Besar.
00:48Beliau yang juga Ahli Parlimen Pak Dixon mengakui mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan masyarakat di Sikamat, sehingga menganggap mereka
00:56sebagai keluarga.
00:58Malah isteri dan anak-anaknya juga mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di kawasan itu.
01:04Dalam pada itu, beliau memaklumkan telah menyerahkan amanah meneruskan khidmat di Dun Sikamat kepada calon PH Nur Azman Muhammad.
01:12Mengulas mengenai pencalonannya di Dun Linggi, Aminuddin berkata, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRN kali ini, beliau berjanji akan
01:21bekerja dengan lebih kuat dan gigih demi kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.
01:27Dun Linggi merupakan kubu kuat barisan nasional dan penyandangnya, Datuk Muhammad Faizal Ramli, akan mempertahankan kerusi Dun itu pada PRN
01:36kali ini.
Comments