00:00Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM telah membatalkan perintah pembekuan semua akaun bank syarikat Padini Holdings Perhat serta anak syarikatnya
00:10yang dilaksanakan sebelum ini sebagai sebahagian prosedur siasatan.
00:16Menelusi kenyataan pada Khamis, Padini berkata, tiada pengarah, pegawai, pekerja atau wakil kumpulan itu ditahan atau didakwa berhubung isu berkenaan.
00:28Peruncit pakaian itu juga mengesahkan tiada kakitangannya menjadi subjek bagi sebarang prosedur pelucutan hak berkaitan siasatan itu.
00:37Padini berkata sejak awal pihaknya secara konsisten menegaskan bahawa syarikat dan semua entiti kumpulannya tidak terbabit dalam sebarang salah laku
00:46atau tindakan tidak wajar.
00:47Padini turut merakamkan penghargaan kepada pemegang saham, pelanggan, rakan perniagaan, pekerja serta pihak berkepentingan atas kepercayaan dan sokongan berterusan sepanjang
00:58tempoh berkenaan.
00:59Pada April lalu, SPRM membekukan beberapa akaun Padini dan anak syarikatnya sebagai sebahagian daripada siasatan mengikut Seksyen 44-1 Akta
01:09Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
01:16Susulan itu, Padini memulakan siasatan dalaman dan memaklumkan siasatan SPRM berkenaan membabitkan pihak luar tertentu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan
01:27itu, bukannya kakitangan, pegawai atau pengurusan syarikat.
Comments