Skip to playerSkip to main content
Adakah keputusan PRN Johor sekadar mencerminkan sentimen setempat atau membawa isyarat yang lebih besar kepada landskap politik negara? #AgendaAWANI 830 mlm ini
Transcript
00:19Pilihan Raya
00:30Malam ini dan malam sebelum ini sebenarnya Johor bukan sahaja menentukan kerajaan untuk 5 tahun akan datang malah memberikan gambaran
00:39tentang arah politik, cawara pengundi dan harapan rakyat terhadap masa depan Johor.
00:46Dan persoalan kini bukan lagi siapa yang membentuk kerajaan tetapi sebenarnya apakah yang boleh dibaca daripada mandat yang telah diberikan
00:53oleh rakyat Johor.
00:55Prof. Wong Ching Huat, Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSM Universiti Sunway bersama-sama saya menerusi dalam talian KTK
01:06ini.
01:06Salam sejahtera Prof.
01:08Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengundang saya.
01:12Baik, pertama kali Prof sebenarnya pada hari itu kita bersama dengan Prof tapi di sebelah petang selepas keputusan kita tidak
01:20lagi waktu itu mendengar suara Prof tetapi hari ini penting untuk kita faham dan juga kita menilai analisis penuh berkaitan
01:28dengan PRN Johor kali ini.
01:30Dan ramai sebenarnya Prof yang menganggap kemenangan besar BN Johor sebagai normal baharu ataupun suasana yang lain pada ketika ini
01:39dalam politik Malaysia.
01:40Adakah Prof bersetuju yang PRN Johor sebenarnya menandakan tamatnya gelombang reformasi yang memuncak pada tahun 2018?
01:49Saya rasa apa yang kita lihat itu adalah satu peranjakan yang baru tetapi saya tidak melihatnya lebih kepada bahawa gelombang
02:02reformasi itu telahpun hilang.
02:04Apa yang saya rasa terjadi di Johor di belakang naratif kestabilan pembangunan sebenarnya adalah berasaskan nasionalisme Melayu-Muslim.
02:20Okey, yang sebenarnya berasaskan nasionalisme Melayu-Muslim.
02:28Apa yang kita lihat sekalipun di Johor itu tak ada apa isu antara kaum, tak ada hubungan yang sengit antara
02:41parti
02:41tetapi ia dijadikan bahawa perpaduan Melayu itu menjadi tema yang paling utama.
02:50Ini memberikan kemenangan kepada, menjanjikan kemenangan besar kepada BN dan kemudian disusuri oleh kelemahan PH sendiri
03:03yang melihatkan sebahagian pengundinya tak keluar mengundi dan sebahagian lagi berpaling tada kepada bertukar pilihan kepada BN.
03:19Jadi itu yang kita lihat. Apa yang sebenarnya berlaku yang tepat sekali tadi bila kita bincangkan bahawa gelombang yang telah
03:30memuncak pada 2018
03:32Apa sebenarnya yang berlaku? Kita perlu lihat kembali kepada 2008. Tahun itu adalah bahawa apabila kemuncak kemenangan barisan nasional
03:45di bawah Tun Abdullah Bedawi gagal memuaskan pengundi. Jadi pada 2004 BN memenangi 91% kerusi parlimen
04:01tetapi ia jatuh kepada 64% pada 2008 kerana ketiga itu pengundi Melayu dan juga Melayu kedua-duanya tidak puas
04:16hati.
04:16Jadi itu memulakan apa yang persaingan antara dua gabungan yang sangat berkualiti untuk tujuh tahun kemudian berlaku perpecahan pakatan rakyat
04:36di mana PAS wujud sebagai kumpulan ketiga. Apa yang kita lihat daripada itu adalah fragmentasi politik Melayu.
04:50Jadi daripada asalnya dua-tiga parti melayu dalam dua kumpulan kita lihat wujudnya bersatu dan amanah dan kemudian pejuang dan
05:08sekarang wawasan.
05:09Jadi apa yang menyebabkan, apa yang berlaku ialah pengundi Melayu merasa gelisah.
05:18Dia bukan sahaja nampak antara dua kumpulan yang kedua-duanya didominasi oleh orang Melayu
05:26tapi dia rasa kekuatan politik Melayu telahpun dicayakan.
05:33Itu bagi saya adalah apa yang paling penting yang sebenarnya menentukan dinamik di PRN Johor ini.
05:45Adakah Prof melihat kepada ini yang disebut sebagai gelombang Melayu?
05:50Walaupun ada mungkin pengundi politik lain yang menyifatkannya sebagai tsunami pengundi Melayu kepada BN.
05:56dan adakah Prof merasakan juga PH gagal membina naratif yang mampu menembusi majoriti pengundi Melayu?
06:05Ya, sememangnya betul dan itu kembali kepada keadaan politik kita yang sangat tebal dengan perspektif zero sum game.
06:19Pemainan jumlah sifar maksudnya kalau ada satu pihak yang menang pastinya pihak lain yang kalah.
06:26Sebab itu kita lihat pelbagai isu berlaku dan ini dirumitkan lagi dengan cabaran ekonomi.
06:35Sungguh pun Malaysia sebenarnya mencapai prestasi yang sangat baik apabila tahun lepas Presiden Trump melancarkan perang tarif kepada seluruh dunia.
06:46Kita sebenarnya mencapai pencapaian yang baik tetapi kita tidak lihat ini terjemah dalam sokongan pengundi Melayu kepada PMX yang ketara.
07:00dan apabila perang Iran berlaku apabila kos sarah hidup naik lagi maka ini menjadikan sokongan kehadap PMX dan juga kerajaan
07:16medani PH secara khas khususnya menjadi lemah.
07:21Jadi apa yang kita lihat daripada kedua pihak di sini adalah kekuatan ataupun kegelisahan politik orang Melayu
07:32yang merestui kerjasama antara UMNO dan PAS di satu pihak kegagalan PH untuk memasarkan politik keterangkuman dan juga reformasi di
07:47pihak yang lain.
07:48dan kita perlu ditegaskan di sini sebahagian kelemahan PH itu termasuk kegagalannya untuk menggerakkan reformasi dan perjuangan anti-rasuah dengan
08:03maksimanya.
08:05Sebagai contoh kita tak lihat tindakan kerajaan terhadap amalan mafia korporat.
08:14Jadi itu mendinginkan hati pengundi PH.
08:21Tetapi yang isu lebih besar adalah penyatuan parti Melayu.
08:28Saya jelaskan begini.
08:31Kerana kegelisahan orang Melayu kehilangan kuasa politik
08:37jadi berlaku percubaan pertama untuk menyatu padukan parti-parti nasionalis iaitu UMNO, BESATU dan PAS melalui langkah syaratan.
08:51Tetapi itu gagal kerana ketiga-tiga parti ini seolah tiga adik-beradik yang sukakan gadis yang sama.
09:01Jadi mereka mensabotaj sesama lain dan dia gagal.
09:06Apa yang berlaku di Johor ialah kali ini kerana BESATU telahpun ditinggalkan oleh PAS.
09:14Dia tinggal dua pihak saja dan PAS jelas sangat lemah di Johor.
09:19Maka PAS rela lepaskan Johor untuk bantu BN dan kita melihat percubaan ini berlaku, berjaya di Johor.
09:33Dan seperti yang dinyatakan oleh Tuguru Hadi Awang, Presiden PAS,
09:39beliau ingin melihat strategi ini diulang di Negeri Sembilan.
09:44Dan kalau ia berjaya, maka ia akan membawa kepada seluruh negara.
09:48Apa yang akan menentukan sama ada strategi ini berjaya atau tidak, kita perlu lihat pada nombor.
09:56Untuk bagi UMNO dan kedua-dua UMNO dan PAS,
10:01mereka ingin menerajui kerajaan campuran yang selepas PIU 16.
10:09Kedua-dua tahu bahawa mereka tak cukup kerusi tapi mereka nak jadi yang paling besar.
10:16Jadi dari mana permulaannya?
10:18Kalau kita lihat medan perang yang paling utama di Sunanjung dengan 165 kerusi.
10:26Kalau kita lihat kembali pada PIU 15,
10:32PH ketiga itu termasuk muda dapat 71 kerusi,
10:38PN juga 71 kerusi dan bagi 23 kerusi itu bersama BN.
10:44Jadi untuk UMNO kembali untuk menerajui kerajaan persekutuan,
10:52UMNO perlu mensasarkan kemenangan untuk 70 kerusi.
10:5870 kerusi itu maksudnya dia perlu tambah 47 kerusi di Semenanjung.
11:04Dari siapa dia ingin dapatkan 47 kerusi?
11:07Pilihannya sama ada daripada kebanyakannya daripada PN ataupun PH.
11:15Sebelum pengundi PH hilang entusiasmenya,
11:25sokongannya kepada PH,
11:28dinampakkan bahawa peluang yang lebih baik untuk BN ialah melawan PN.
11:35kerana agak sukar untuk BN menawani wilayah PH.
11:44Dan daripada jangka masa depan,
11:47PH tak mungkin membesar sampai dapat menggantikan
11:52BN sebagai parti Melayu, blok Melayu yang utama.
11:57Ancaman paling besar kepada BN ialah PAS.
12:01tetapi apa yang kita lihat di Johor,
12:06kalau kita gabungkan keputusan DON,
12:12maka BN ada peluang untuk dapat mungkin sampai 25 daripada 26 kerusi
12:19berbanding dengan cuma sembilan daripada dalam PRU ke-15.
12:28Dua pilihan.
12:29Satu, mencapai satu persetujuan seperti kacau dengan PAS.
12:38Bagi pihak PAS, titik pemulanya adalah 44 kerusi,
12:44asal PAS sendiri, tapi dulu dia ada 71,
12:48kerana sekarang BESATU telah berpecal dan PAS sanggup tinggalkan BESATU
12:53dan juga BESATU telah lemah.
12:55Jadi dia mungkin akan meminta untuk 60 kerusi, tak lawan.
13:00Dan itu bermaksudnya BN akan kalau tercapai persetujuan sebegitu,
13:07BN boleh dapat 105 kerusi untuk lawan PH.
13:12Kalau PH selemak apa yang kita lihat di Johor,
13:16PH mungkin tinggal lebih kurang 35 katakan kerusi.
13:22Jadi BN ada peluang dapat 70 dan menjadi abang long dalam gabungannya dengan PAS.
13:32Akan tetapi kalau PH dapat mengekalkan kebanyakan kerusinya,
13:39katakan 50, 5, 60, itu bermaksud PAS dan rakan-rakannya akan lebih besar daripada BN.
13:49Jadi sekarang apa yang kita lihat adalah sama ada PH dapat mengekalkan asas pengundinya.
13:58Kalau dia dapat, maka dia boleh bertahan kerana undi PN itu tak semestinya boleh menjamin kemenangan untuk BN.
14:13BN mungkin lebih tertekan.
14:17Jadi dalam kata lain, sekiranya asas PH dapat mengukurkan asasnya,
14:24pilihan yang rasional untuk BN ialah melawan kedua-dua medan.
14:31Maksudnya melawan PH dan juga melawan PN.
14:34Dengan itu, peluangnya untuk menerajui kerajaan persekutuan yang akan datang lebih besar.
14:41Jadi apa yang kita akan melihat ke arah mana ialah negeri sembilan.
14:45Kerana di negeri sembilan, PH adalah pemerintah.
14:50Itu satu faktor yang utama kalau kita lihat balik pada Johor.
14:54Kerana ada pengundi yang rasakan BN dapat deliver kerana dia ada dana pembangunan,
15:03kawasan, dia menguasai PBT.
15:06Tetapi ini adalah di pihak PH di negeri sembilan.
15:11Faktor yang kedua adalah kita tahu bahawa pengaruh istana sangat kuat di Johor dan ia menghak kepada BN.
15:20Tapi kalau di negeri sembilan, kita tahu apa yang berlaku,
15:24perpecahan dalam institusi adat dan istana dan pengundi nampak istana lebih dekat dengan PH.
15:35Yang menarik adalah yang Tuan sekarang, Tuan Kumuklis nampaknya lebih popular dikara orang Melayu.
15:43Jadi tak semestinya BN dan PN dapat menambahkan kerusi mereka daripada apa yang ada sekarang.
15:57Tak ada jaminan seperti di Johor.
16:01Berasaskan kalau sokongan PH itu tidak jatuh seperti apa yang kita lihat di Johor.
16:25Menarik untuk kita bercakap.
16:27Tadi Prof melihat kepada bagaimana situasi ini berlaku di peringkat federal ataupun di peringkat nasional
16:33sekiranya kita mengambil analisis di Johor ini.
16:36Tetapi sesuatu perkara yang mungkin boleh kita ambil satu persoalan yang cukup besar adalah berkaitan dengan pengundi Cina.
16:46Contohnya Prof, MCA menang 8 kerusi, MIC menang 4 kerusi di Johor.
16:53Walaupun di awal tadi, Prof menyatakan bahawa mungkin ada dalam kalangan pengundi PH yang tidak pun keluar mengundi.
16:59Tetapi sokongan ini adakah marah terhadap DAP atau Pakatan Harapan?
17:06Adakah ini kita boleh terjemahkan untuk pelihara raya akan datang?
17:09Ya, mungkin apa yang kita lihat sini adalah undi protes.
17:13Yang undi protes itu sebagian besar tak keluar mengundi.
17:18Ataupun kalau dia di luar, dia malas nak balik mengundi.
17:21Dia rasa pudah hati.
17:24Itu satu faktor yang utama.
17:26Tetapi kalau kita lihat perubahan bilangan undi, jumlah undi yang didapati oleh MCA dan DAP,
17:36nyata ada sebahagian undi yang DAP hilang itu bukan kepada PAMU, Parti Aku Malas Undi.
17:45Tetapi terus pergi ke MCA.
17:48Jadi ini adalah sebahagiannya boleh dijelaskan dengan kelebihan penyandang.
17:54Tapi isu yang paling besar ialah undi protes yang rasakan bahawa PH telah mengabaikan pengundi penyokong tegang.
18:08Ini termasuk bukan muslim yang rasakan selangor itu menjadi satu kekecewaan
18:17dengan pelbagai isu yang melibatkan hak ataupun kepentingan komuniti minoriti, agama minoriti.
18:27Yang kedua adalah lebih spesifik adalah ketidakpuasan pengundi India.
18:34Mereka rasa kekecewaan itu jauh lebih tinggi di antara pengundi India
18:43dan ada yang kembali kepada pangkuan MIC dan BN.
18:49Prof, sebelum ini kita cakap berkaitan dengan hal inilah kan Prof,
18:54berkaitan dengan kekecewaan, ada yang tidak puas hati.
18:56Sebenarnya apa isu yang menyebabkan pengundi ataupun kelompok Cina dan juga India ini
19:02yang rasa kurang senang dan tidak puas hati terhadap Pakatan Harapan?
19:06Apa isunya Prof?
19:07Saya rasa pengundi tegak PH daripada golongan minoriti dan liberal,
19:14dia berpegang kepada dua isu.
19:16Satu adalah reformasi, merentasi sempadan kau,
19:23merentasi kau, yang dia nak adalah perubahan berlaku
19:28dan dia lihat bahawa PH telah banyak berkompromi
19:34daripada isu Najib kepada Zahid kepada GRS di Sabah
19:42dan sekarang yang korporat mafia.
19:48Semua ini adalah sebahagiannya dan sungguh pun PH ada lakukan reformasi.
19:55Reformasi seperti pemisahan pendakwa raya daripada peguam negara itu
20:02sebenarnya mendapat rintangan daripada institusi kerajaan sendiri
20:10dalam antara penjawat awam.
20:13Jadi itu mengambil masa tetapi daripada pengundi dia rasakan
20:17dia tak nampak apa yang berlaku secara jelas.
20:21Itu satu.
20:22Yang kedua adalah isu kepentingan minoriti.
20:27Ini yang sesuatu yang sangat menarik.
20:28Apa yang saya nak tegaskan ialah dia tak semestinya berasaskan
20:35realiti tetapi persepsi.
20:38saya berikan satu lawak jenaka yang menunjukkan kes ini.
20:45Ada seorang pakcik Cina dilihat sedang membaca sinar harian
20:51di tepinya ada utusan Malaysia berita harian.
20:55Jadi seorang Melayu, anak Melayu pergi tanya
20:57Pakcik, saya sangat kagum dengan pakcik.
21:01Orang Cina jarang yang baca surat kabal Melayu.
21:05Kenapa pakcik berlain daripada orang Cina yang lain?
21:09Pakcik itu kata, sebenarnya sebelum ini saya juga baca surat kabal Cina.
21:15Tapi semakin saya baca surat kabal Cina, saya rasa sangat murung.
21:20kerana apa yang saya dapati bahawa kepentingan hak orang Cina semakin terhakis.
21:28Kita lihat pelbagai protes yang dibawa oleh Akmal Saleh dan PMX semua tak jaga, tak buat apa pun.
21:39Jadi saya rasa sangat putus asa.
21:44Tapi bila saya baca surat kabal Melayu, saya nampak bahawa Cina begitu kuat, begitu perkasa.
21:52Jadi hati saya rasa sangat gembira.
21:55Apa yang saya nak katakan di sini ialah perkara yang sama,
21:59bila dalam dilihat daripada perspektif kau, kita sentiasa rasa kumpulan kita terancam.
22:07Orang Melayu rasa terancam kerana kuasa politik kita begitu memusat.
22:13Jadi orang Melayu takut kalau dia tak bersatu,
22:17maka eksperatus ataupun jentera kerajaan yang berkuasa ini
22:24akan jatuh ke tangan orang bukan Melayu.
22:27Pada masa yang sama, orang bukan Melayu lihat bahawa isu kuih Hindu
22:34yang diserang oleh gorongan puak kanan
22:40dan polis tak buat apa, kerajaan tak buat apa
22:43untuk satu tempoh yang panjang di Selangor,
22:49isu tentang pencemaran daripada kandang babi itu.
22:54Dia bukan mencari penyelesaian, tetapi menghadapi larangan yang sepenuhnya.
23:01Sebab itu bukan keputusan kerajaan negeri,
23:03tetapi kerajaan negeri di menanggung kemarahan
23:07dan juga apa yang berlaku tentang perbezaan
23:13apa nama sampah yang halal dan tak halal ke semuanya.
23:16bagi pengundi bukan Melayu, bukan Muslim,
23:21dia rasakan sekalipun kalau kita tak dapat keteranggungan yang lebih baik,
23:27sekurang-kurangnya tidak harus berundur ke belakang.
23:32Dan ini yang dia rasakan bahawa PMX lebih mengejar undi Melayu yang dia tak dapat
23:39sampai diabaikan pengundi bukan Melayu yang telahpun di belakangnya.
23:46Ini sesuatu yang menarik.
23:48Bila Prof menyatakan bahawa isu berkaitan dengan terlalu banyak kompromi ini,
23:53kompromi ini kadang-kadang dia boleh membawa kepada sesuatu protes
23:57yang mungkin boleh dibawa oleh pengundi-pengundi terhadap
24:02Pakatan Harapan dan sebagainya.
24:04Dan isu-isu yang tidak diselesaikan seperti yang Prof nyatakan tadi.
24:07Tetapi Prof, saya ada lagi dua minit sahaja.
24:09Yang pertama, adakah selepas Johor ini kita dapat menyaksikan bahawa
24:14akan wujud pula sistem parti dominant seperti yang pernah dinikmati oleh
24:18barisan nasional sebelum 2018 contohnya.
24:21Dan sebenarnya apakah move forward yang kita akan dapat saksikan
24:26dalam konteks Johor ini kepada negeri sembilan, negeri-negeri lain selepasnya
24:31dan akhirnya kepada pilihan raya umum nanti.
24:34Saya rasa sistem dominant itu tak semestinya akan berlaku.
24:40Apa yang lebih mungkin berlaku ialah kalau Pakatan BN PAS itu berjaya di negeri sembilan
24:50dan UMNO dan PAS mencapai sepakat untuk membahagikan kawasan-kawasan,
24:57maka ia akan wujud persaingan antara dua KEMA iaitu satu BN, satu diketuai UMNO,
25:10satu diketuai PAS dan apa yang PH hadapi sekarang akan berpindah ke KEMA UMNO.
25:19Kerana UMNO yang lebih majmuk akan dituduh bahawa tidak menjaga keputusan Melayu sepenuhnya
25:27dan pada masa yang sama, pengundi Cina bukan Melayu yang pergi UMNO itu akan rasa kecewa
25:32kerana UMNO akan menjaga pengundi Melayu terlebih dahulu.
25:37Jadi apa yang kita lihat hari ini tak semestinya khusus kepada wadah yang sedia ada.
25:47tetapi dia melambangkan dinam ke arah lain.
25:51Jadi saya ingin mengakhiri pandangan saya dengan serangkap pantun yang muda,
26:00makan umai di kampung Igan, baru bertolak kepegan debak.
26:06Ini semua di Sarawak lah.
26:08Undi negeri jangan dikira ringan.
26:11Impak besar jauh merebak.
26:14Okey, saya tak sempat nak balas pantun daripada Prof. Chin Huat.
26:20Apapun saya harapkan dari negeri, daripada Johor nanti kita mungkin singgah ke nilai.
26:27Apapun nanti kita jumpalah Prof. Chin Huat nanti insyaAllah di negeri sembilan.
26:31Tak lama lagi dan apapun kita mengharapkan bahawa
26:34ini adalah pesta demokrasi dan juga ini adalah hal-hal yang berkaitan dengan politik.
26:40walau apapun yang kita katakan seperti yang Prof. nyatakan tadi
26:43yang akhirnya bagaimana analisis ini akan dapat membuka satu ruang yang lebih bermanfaat
26:49bukan sahaja kepada rakyat tetapi untuk ahli politik faham
26:52bagaimana sebenarnya landscape ini bergerak dan akhirnya membentuk satu perkara yang lebih jelas
26:59berkaitan dengan pilihan raya negeri dan juga pilihan raya umum nanti.
27:02Terima kasih Prof. Wong Chin Huat, Timbalan Ketua Strategi Bupajabat Asia UNSDNSN, Universiti Sunway.
27:09insyaAllah kita akan berjumpa lagi dalam ruang dan waktu ajandawan yang lain bersama dengan Prof. Chin Huat.
27:15Assalamualaikum, ajandawan.
Comments

Recommended