00:01Buat sendiri tempoyak sedap, tahan lama tak berkulat
00:05Tempoyak selalunya dimasak gulai, sambal tempoyak atau masak lemak tempoyak
00:10Musim durian ni jika ada lebihan durian boleh asingkan sedikit untuk buat tempoyak sendiri di rumah
00:16Ada caranya untuk buat tempoyak durian yang sedap, tahan lama, tekstur tempoyak lebih cantik, tidak mudah berair maupun cepat berkulat
00:24Ikut tip ni
00:26Mula-mula asingkan isi durian terlebih dahulu
00:29Isi durian pilih yang elok ataupun durian kampung yang kurang manis
00:33Gunakan nisbah kira-kira 2 sudu kecil garam pasar untuk setiap satu cawan isi durian sebagai bahan pengawet
00:40Kemudian gaul rata isi durian tersebut sehingga sebati menggunakan sudu atau tangan yang bersih
00:46Setelah itu masukkan isi durian tersebut ke dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering
00:51Jangan penuhkan bekas, isi hanya 1 per 2 ataupun 3 per 4 daripada bekas tersebut
00:57Tinggalkan sedikit untuk proses penapayan
01:00Taburkan juga dengan sedikit garam di permukaan atas bagi mengelakkan kulat dan menjadikan tempoyak tahan lebih lama
01:07Selepas itu, peram campuran tadi pada suhu bilik selama 2 atau 3 hari untuk tempoyak jadi masam secara semula jadi
01:14Pastikan renggangkan sedikit penutup untuk elakkan gas terpumpul dalam bekas dan boleh mengakibatkan botol meletup
01:21Dan akhir sekali, bila dah cukup masam, bolehlah simpan dalam peti sejuk bahagian cila atau bekukan supaya tahan lama bertahun
01:29Seeloknya gunakan botol kaca bertutup untuk mengelakkan bau tempoyak menyerap di dalam peti ais dan mengekalkan kesegarannya
01:36Pastikan sudu yang digunakan untuk mencedok tempoyak sentiasa kering dan bersih untuk elakkan tempoyak cepat basi
01:43Selamat mencuba! Ingat makan, ingat rasa!
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments