Skip to playerSkip to main content
Kalau jumpa durian muda atau mengkal, jangan buang! Boleh masak Gulai Lemak Durian Muda ni. Sangat sedap! Rasa dia lebih kurang nangka muda. Makan pula dengan nasi panas, mak mertua lalu pun tak toleh ni.

GULAI LEMAK DURIAN MUDA

BAHAN-BAHAN:
1 biji durian muda
100ml santan cair
100ml santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

BAHAN KISAR/TUMBUK:
15 - 20 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang anda gemari)
2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 batang serai (dititik)


BAHAN SAMPINGAN (PILIHAN):
200gm udang
5 biji cili padi hijau

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #dulailemakdurianmuda #ResipiTradisional #MakananMalaysia

Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak Iket dah kongsi resepi gulai lemak durian muda. Jom kita masak.
00:04Mula-mula, satukan cili padi, bunyi hidup dan bawang merah. Kisar hingga hadus.
00:08Ni Kak Iket letak air sikit supaya senang lumat.
00:10Seterusnya, rebus isi durian muda hingga betul-betul empuk.
00:13Di setengah tempat durian muda ni kita panggil durian mengkal.
00:15Bila dah lembut, tuskan air dan ketepikan.
00:18Seterusnya, masukkan santan cair ke dalam periuk.
00:20Tambahkan bahan-bahan kisar tadi dan sedaya telah kita ketuk.
00:23Kacau rata dan masak menggunakan api sederhana sehingga kuah muda mendidih dan naik bau.
00:27Selepas itu, masukkan isi durian muda. Kacau-kacau sikit dan biarkan kuah merenis seketika.
00:32Jangan kacau kuat sangat, nanti isi durian tu hancur.
00:34Kemudian, masukkan asam glugol, udang dan juga cili padi hijau.
00:37Udang tu kalau nak ganti dengan bilis pun boleh.
00:39Kacau lagi dan masak guna api sederhana sampai udang bertukar warna.
00:43Akhir sekali, tuangkan santan pekat.
00:45Tik nak masak sedap, guna santan segar.
00:47Baru dah lagi kit rasa gulai kita.
00:48Perasakan dengan garam dan sebut perasa.
00:50Kalau masak guna santan, kena ingat sentiasa kena kacau supaya santan tu tak pecah minyak dan berketul.
00:55Dah siap gulai lemak durian muda kita.
00:57Durian muda ni bila masak, rasanya seakan-akan nangka muda.
01:00Kena pula dengan kuah pedas, lemak masin memang sempurna.
01:03Anda jangan lupa cuba.
01:04Nak tengok tirasah pasal serai live?
01:06Jom intai asyik kami di titik.
01:07Tak macam rasa setiap serasa dan kamis.
01:09Ingat makan, ingat rasa. Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended