00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak kongsi resipi daging goreng cili padi.
00:03Jom kita masak.
00:03Mula-mula, satukan cili padi, halia, bawang putih, akar ketumbah dan bawang merah ke dalam pengisar.
00:09Kisar hingga halus.
00:10Kemudian, perapkan hirisan daging bersama sos tiram dan tepung jagung selama 15 minit.
00:15Daging tu hiris lebih nipis ya.
00:17Kalau tak makan daging, boleh gantikan dengan isi ayam.
00:19Panaskan minyak masak dalam kuali, kemudian goreng daging tadi hingga masak.
00:23Angkat dan ketepikan.
00:24Dengan menggunakan minyak masak yang sama, tumis hirisan bawang merah hingga naik bau.
00:28Selepas itu, masukkan bahan kisar tadi.
00:30Tumis lagi sampai betul-betul garing.
00:32Bila dah pecah minyak macam ni, masukkan sos tiram.
00:35Kemudian, masukkan juga sos ikan dan gula karbong.
00:38Gula karbong tu kalau tak ada, boleh je gantikan dengan gula biasa.
00:41Kacau-kacau sampai gula larut.
00:43Seterusnya, perahkan sedikit jus limau nipis.
00:45Barulah daging kita tu rasa lebih sedap.
00:48Kalau nak lauk yang lebih berkuah, tambah sedikit air.
00:50Kacau-kacau lagi dan biarkan kuah mendidih seketika.
00:53Akhir sekali, masukkan semula daging ke dalam kuali.
00:55Gau-gaul sehingga setiap hirisan daging bersalut sempurna dengan sambal cili padi.
01:00Bila dah bergaul rata, tutup api.
01:02Dah siap daging goreng cili padi kita.
01:04Hidangkan dengan nasi panas, berenti makan bertambah.
01:07Anda dan keluarga pasti suka.
01:09Selamat mencuba.
01:10Nak tengok tim rasa masak secara live?
01:11Jom intai asyik kami di TikTok macam rasa setiap selasa dan kamis.
01:15Ingat makan, ingat rasa.
01:16Jangan lupa tonton!