00:00Masa depan sektor kewangan tidak akan ditentukan oleh kepantasan atau kecanggihan teknologi, sebaliknya sejauh mana teknologi itu mampu memperkukuh kepercayaan,
00:10memperluas peluang serta memberi manfaat kepada masyarakat.
00:14Gubernur Bank Negara Malaysia BNM, Datuk Seri Abdul Rashid Ghafur berkata, pendekatannya adalah jelas iaitu menggalakkan inovasi, mengekalkan kepercayaan dan
00:23memastikan kemajuan yang dicapai memberi kebaikan kepada masyarakat.
00:30Ujarnya BNM tidak menyekat inovasi terlalu awal atau membiarkannya berkembang tanpa kawalan, namun mengambil pendekatan melalaskan prinsip kesepadanan, kesamarataan dan
00:41berkecuali terhadap teknologi bagi memastikan inovasi berkembang secara bertanggungjawab dan yakin.
00:46Abdul Rashid berkata, dalam pelaksanaannya iaitu pendekatan tersebut melibatkan kisama lebih awal dengan industri, mediakan jangkaan kawal selia yang jelas,
00:56menyokong percubaan inovasi secara bertanggungjawab, serta pelaburan dalam infrastruktur bersama yang bolehkan inovasi dilaksanakan secara meluas.
01:06Ujarnya nilai sebenar perkara itu diukur berdasarkan sama ada ia mampu menambah baik kehidupan, memperkukuh daya tahan serta meningkatkan keyakinan.
01:15Melangkah kehadapan, pihaknya sedang membentuk fasa seterusnya pembangunan sektor kewangan melalui Pelan Induk Sektor Kewangan 2027 hingga 2030.
01:28Ia dibangunkan dengan kerjasama erat bersama-sama industri, kerajaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan pelan itu dibentuk berdasarkan cabaran sebenar
01:36dan seiring keperluan ekonomi yang sentiasa berubah.
Comments